Pinjaman perniagaan, HIJRAH lebih mudah berbanding bank

Kesukaran rakyat khususnya peniaga kecil mendapatkan pinjaman bank mendorong Kerajaan Negeri mewujudkan program mikrokredit bersepadu, HIJRAH. Pinjaman perniagaan tanpa faedah.

Categories
SELANGOR

Karnival Hijrah 2015 berlangsung meriah

Oleh : AFEEQA AFEERA

BANGI, 6 DIS : Karnival Usahawan HIJRAH Selangor 2015 (Kawan’15) di Taman Tasik Cempaka, di sini selama tiga hari bermula Jumaat berlangsung dalam suasana meriah.

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sempena program julung kali itu, antaranya jualan produk HIJRAH, persembahan daripada artis tempatan dan cabutan bertuah.

KAWAN 15Karnival bagi meraikan peserta Hijrah dan masyarakat setempat itu turut dimeriahkan dengan pameran daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri seperti Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Tourism Selangor, TV Selangor dan Kolej Inpen.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hadir merasmikan karnival dengan diiringi Pengerusi Eksekutif HIJRAH Selangor, Datuk Mansor Othman.

Pada majlis itu, Mohamed Azmin turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Hijrah dengan Universiti Selangor (UNISEL) dan Pasar Raya Segi Fresh.

HIJRAH MOUMoU berkenaan membolehkan UNISEL memberi latihan tambahan kepada mahasiswa berminat memulakan perniagaan, sementara Segi Fresh akan membuka jaringan besar kepada usahawan dalam bidang peruncitan.

Kerajaan Negeri turut memberi peruntukan tambahan berjumlah RM31 juta untuk meluaskan program HIJRAH menjelang 2016 iaitu penubuhan Koperasi dan Bazaar HIJRAH.

Pada majlis sama, sebanyak RM9.602 juta diperuntukkan bagi pembiayaan 2,138 peserta HIJRAH meneruskan program pembangunan berteras ekonomi di Selangor.

Sementara itu, Mohd Daud Yusof yang mengunjungi karnival berkenaan berkata, ia membantu masyarakat mendapatkan penerangan jelas berkenaan bantuan yang boleh disalurkan kepada peniaga.

Beliau yang menerima pembiayaan HIJRAH turut menggalakkan masyarakat supaya mengambil peluang disediakan bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

“Bagus buat begini kerana ia boleh membantu usahawan yang ada membuat pinjaman secara mudah berbanding di bank.

“Saya dapat tahu HIJRAH daripada rakan, bila saya lihat mereka dapat mengembalikan modal pusingan perniagaan, maka saya tidak teragak-agak untuk memohon,” katanya yang menjalankan perniagaan makanan.