Categories
AGENDA NASIONAL

Kartunis terkenal ‘Aku Hidup Dalam Blues’ meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Kartunis Shaari Sulong atau Aie yang terkenal dengan karya ‘Áku Hidup Dalam Blues’ meninggal dunia di kediamannya di Banting pada usia 49 tahun awal pagi ini.

Menurut rakan kartunisnya, Mazli Ibrahim atau Gayour, perkhabaran itu disampaikan oleh biras arwah, kartunis Manggis atau Rosli Ismail kepadanya kira-kira 4 pagi.

“Beliau memang mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang serta menerima rawatan dialisis sejak lima tahun lepas, kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada 2019, sejak COVID-19 saya hanya bertanya khabar beliau melalui WhatsApp dan panggilan telefon sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Aie pernah berkarya dalam majalah Jenakarama sebelum bersama majalah terkenal Ujang sejak 1994 hingga awal 2000.

Dalam Ujang, Aie terkenal dengan siri ‘Abe’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues.’ Beliau kemudian meneruskan projek kartun secara solo dan menghasilkan karya ‘Áku dan Sesuatu’ serta ‘Blues Untuk Aku’.

Anak kelahiran Johor itu meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini.

— BERNAMA

Categories
NASIONAL SENI

Kartunis Gayour idam kebebasan berkarya perangi rasuah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 SEPT: Kartunis terkenal, Gayour atau nama sebenarnya, Mazli Ibrahim, 49, berharap golongan kartunis diberikan kebebasan memainkan peranan lebih proaktif dalam melontarkan kritikan dalam pelbagai isu khususnya melibatkan isu rasuah.

Beliau yang baru pulang dari menghadiri Jakarta International Book Fair’, Pameran Seni Lawan Korupsi dan ‘Pameran Seribu Kartun Anti Korupsi’ di Jakarta, Indonesia baru-baru ini berkata, Malaysia sepatutnya mencontohi negara jiran itu yang memberi kebebasan kepada karyawan mengkritik melalui karya masing-masing.

“Mereka lebih bebas berinteraksi dengan pemimpin atau rakyat jelata mengenai sesuatu isu melalui karya mereka termasuklah isu-isu besar seperti rasuah yang dianggap sebagai isu besar.

IMG-20170915-WA0011“Karyawan mereka menggunakan kebebasan diberikan pemerintah dengan melahirkan kebimbangan, keprihatinan, kebencian dan kerisauan mereka terhadap rasuah daripada zaman dahulu lagi hinggalah sekarang,” katanya kepada SelangorKini.

Jelasnya, selain kartunis, karyawan lain dalam pelbagai cabang seni lain turut diberikan kebebasan berkarya sekali gus berpeluang memainkan peranan lebih besar dalam menyuntik kesedaran bahaya rasuah kepada masyarakat di Indonesia.

Katanya, selain itu, wartawan juga sepatutnya diberikan hak mengkritik dan menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui penulisan di media-media.

Beliau turut berharap kartunis di negara ini diberikan peluang mengadakan pameran secara besar-besaran dengan tema memerangi rasuah.IMG-20170915-WA0012 IMG-20170915-WA0009