#2kerja : Ahmad Maslan patut berdiam diri

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dinasihatkan untuk berdiam diri daripada terus menyakitkan hati rakyat.

Categories
NASIONAL

Retorik perpaduan Melayu propaganda usang UMNO

SHAH ALAM, 16 DIS : Propaganda usang kononnya kuasa Melayu dan Islam kian terhakis terus dimaikan UMNO untuk mengalih perhatian kepincangan parti itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata kenyataan itu hanyalah sandiwara UMNO untuk meyakinkan Melayu kononnya kaum itu akan tertindas tanpa parti terbabit.

Hakikatnya, beliau berkata rakyat tanpa mengira kaum hari ini sudah terbeban dengan pelbagai dasar kerajaan yang dikuasai UMNO.

 

State assemblyman for Seri Setia and Deputy Speaker of the Selangor state assembly, Nik Nazmi Nik Ahmad arrives at the Court of Appeal in Putrajaya on April 25, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

“Orang Melayu adalah majoriti dalam kumpulan 40 peratus rakyat berpendapatan paling rendah dan terpaksa bergelut dengan dasar itu.

“Bantuan demi bantuan diberi sebenarnya lebih memperkayakan golongan elit yang ramai daripadanya mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin UMNO.

“Pelbagai bantuan cuba diberikan sekian lama, namun jurang ekonomi antara Melayu miskin dan Melayu kaya semakin melebar,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, meskipun perpaduan adalah idealisme unggul, namun ia mesti berlandaskan prinsip keadilan dan kebebasan.

Katanya, UMNO juga akan terus mengulang retorik perpaduan Melayu untuk menyelamatkan diri, namun kaum itu akan berpadu menolak kebobrokan parti itu.

“AMK yakin rakyat tidak lagi mudah termakan propaganda perpaduan Melayu yang cuba disampaikan UMNO terutama pasca perhimpunan agung parti itu baru-baru ini.

“Rakyat sudah maklum, setiap kali terhimpit, UMNO akan lebih lantang dan kerap menyuarakan perpaduan Melayu dengan harapan ia akan dapat mengalih perhatian ramai daripada kepincangan parti itu,” katanya.

-nR-

Categories
KENYATAAN MEDIA

AMK kecewa dengan keputusan kes Yuneswaran

 

Oleh : Nik Nazmi

Angkatan Muda KEADILAN kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Pendakwaraya v R Yuneswaran.

Keputusan itu telah menyabitkan kesalahan ke atas Setiausaha Kerja KEADILAN Johor R Yuneswaran di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan yang diadakan pada tahun 2013, atau lebih dikenali sebab Perhimpunan Black 505.

nik nazmiBeliau disaman RM6,000. Ini bercanggah dengan keputusan yang telah dibuat oleh makamah yang sama pada awal tahun ini di dalam kes Nik Nazmi v Pendakwaraya di mana Mahkamah Rayuan mendapati bahawa tindakan menghukum perhimpunan awam tanpa notis seperti yang ditetapkan oleh seksyen 9 (5) PAA adalah melanggari asas Perlembagaan.

Perubahan ketara ini bagaikan mengisyaratkan satu era di mana hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan semakin samar akibat pentafsiran yang terhad oleh mahkamah.

Sekiranya kes ini dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan, kami hanya boleh berharap bahawa Mahkamah Persekutuan akan mengambil langkah yang lebih berani dan adil di dalam mentafsir Akta tersebut.

Di dalam era global dan penuh kebebasan ini, tafsiran undang-undang berkenaan hak asasi dengan cara yang jumud adalah tidak relevan, malah ia bertentangan dengan perkembangan Malaysia sebagai negara yang bebas dan demokratik.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN