Categories
SELANGOR

Kolam kumbahan, tukar status ‘hijau’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 SEPT : Projek pembentungan Greater Klang Valley bakal dibangunkan sebagai kawasan tumpuan hijau selain menjadi tarikan terbaru di DUN Taman Medan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha, berkata proses pembinaannya meliputi cadangan untuk dibangunkan kawasan taman rekreasi, demi manfaat penduduk setempat.

“Dicadangkan kepada Kerajaan Negeri yang merupakan pemilik tanah, untuk dibangunkan taman rekreasi, padang bola.

“Sepertinya (dibangunkan) bagi DUN Taman Medan di Petaling Jaya Selatan 1, 2, 3 dan 4,” tulisnya di Facebook.

Projek yang dijangka siap hujung 2018 ini sebelum ini merupakan tapak kolam kumbahan milik Indah Water Konsortium.

unnamed (2)Tapak berkenaan terletak di kawasan perumahan Taman Dato’ Haron ditutup sementara kerja pembinaan selesai.

Semalam, Haniza bersama wakil kontraktor hadir turun padang memantau pembangunan projek pembangunan berkenaan.

Dalam perkembangan itu, beberapa penaiktarafan juga bakal dibuat termasuklah sistem pembentungan sekolah berdekatan, pembinaan kolam baru dan penanaman rumput baru.

EZY