Categories
AGENDA NASIONAL

Lima lapangan golf Malaysia tersenarai 100 terbaik Asia, dua di Selangor

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Lima lapangan golf di Malaysia berjaya tersenarai antara 100 Lapangan Golf Terbaik Asia 2021, menurut Tourism Malaysia.

Kelab golf tersebut ialah Tournament Players Club (TPC) Kuala Lumpur di tempat ke-21, diikuti The Els Club Teluk Datai, Langkawai (51), The Mines Resort & Golf Club, Selangor (73), Forest City Golf Resort, Johor (78) dan Kota Permai Golf & Country Club, Selangor di tempat ke-79.

Antara kriteria penarafan tersebut ialah kesukaran melakukan pukulan, halangan untuk melakukan pukulan, kepelbagaian reka bentuk lapangan dan suasana di lapangan.

Pengarah Pejabat Tourism Malaysia di Guangzhou, Aaron Gan Chai Heng menerima anugerah pengiktirafan ranking bagi Malaysia pada majlis tahunan anjuran Golf Travel Magazine di Bandaraya Wanning, Wilayah Hainan, China, minggu lalu.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Sukan Golf Bantu Selangor Popular Sebagai Destinasi Pelancongan

SHAH ALAM 5 SEPT : Kejohonan golf Worldwide Holdings Selangor Masters 2012 yang bertaraf Asia mampu membantu Selangor terus kekal sebagai destinasi pelancongan popular di rantau ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan meraikan peserta bagi kejohanan ini di sini berkata Kerajaan Negeri berasa bangga dengan pencapaian diraih dan ia akan memberi banyak manfaat kepada Selangor terutama bagi industri pelancongan.

“Saya gembira apabila mengetahui akan kedudukan kejohanan ini akan terus diperkukuhkan kerana ia akan dipancarkan secara langsung buat kali pertama sejak 2007. Kejohanan ini menjadi perlawanan popular sejak menyertai jadual Jelajah Asia pada 2008.

“Saya dimaklumkan bahawa lebih 200 negara dan 650 juta rumah akan menerima siaran ini. Selangor akan dikenali di seluruh dunia sebagai destinasi untuk pemain golf dan ini akan menggalakkan industri pelancongan kita,” katanya.

Kejohonan kali ini merupakan tahun kelima berturut-turut Worldwide Holdings Berhad bertindak sebagai penaja untuk kejohanan golf Selangor Masters.

Katanya, ini adalah satu pencapaian yang membanggakan selain ia berfungsi sebagai syarikat berkaitan Kerajaan Negeri yang mempunyai rekod baik dalam sektor hartanah dan pelaburan.

“Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka untuk menyokong golongan yang kurang bernasib baik melalui Yayasan Raja Muda Selangor.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana dengan inisiatif dan usaha berterusan dalam menyediakan platform berprestij bagi menggalakkan negeri mencapai kecemerlangan dan membina jenama bertaraf dunia. Saya amat berharap penganjur akan bertindak cemerlang menganjurkannya supaya kejohanan ini akan menyerlahkan Selangor di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kejohonan kali ini akan berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club di sini pada esok hingga Sabtu ini akan memberi kesan positif terhadap industri pelancongan di negara ini berikutan edisi keenam ini akan dipancarkan secara langsung ke peringkat global buat kali pertama.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Korporat Worldwide Holdings Berhad , Ami Nardin Ishak berkata kejohanan itu menawarkan hadiah bernilai RM1.2 juta untuk Juara manakala kereta Perodua MyVy dan Nissan Teana bagi kategori Hole In One.

Menurutnya, seramai 156 pemain golf profesional dari serata dunia seperti Amerika Syarikat, India, Australia, China, Taiwan, Filipina, Finland, Malaysia dan yang lain menyertainya.

“Penyandang juara, Joonas Granberg dari Finland turut serta dalam kejohanan tahun ini dan kita berharap dengan hadiah ditawarkan ia berlangsung meriah dan sengit,” katanya.

Selain Granberg, kejohanan itu pernah dimenangi pemain golf Malaysia, Ben Leong pada 2008, Rick Kulacz (Australia – 2009) dan Angelo Que (Filipina – 2010).