Categories
SELANGOR

Raja Muda cemar duli lawat Laman Seni 7, titah perkasa agenda seni

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 26 MEI: Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli meninjau Laman Seni 7, di sini, pada 24 Mei lalu.

Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Zulfahmee Ismail, berkata Raja Muda bertitah agar acara seni dan budaya di kawasan itu dipergiatkan.

image (1)“Dalam lawatan baginda juga, Raja Muda Selangor mencadangkan agar acara seni dan budaya di Laman Seni 7 dirancakkan. Penyediaan ruang niaga secara efisien untuk jualan barangan seni perlu diwujudkan bagi menghidupkan suasana di Laman Seni 7.

“Raja Muda berpandangan Laman Seni juga perlu disebar luas kepada belia, pelajar, penggiat seni dan pengkarya agar masyarakat boleh memanfaatkan penggunaannya secara maksimum,” katanya kepada SelangorKini.

Turut sama mengiringi baginda adalah Pegawai Belia dan Sukan MBSA, Jaid Idham dan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Youth Community (SAY), Izhar Moslim.

Pada masa sama, baginda turut memberi pandangan dan idea bernas bagi menyemarakkan agenda Laman Seni 7 sebagai kawasan riadah untuk tujuan aktiviti seni, berkespresi, berkarya dan bersosial.

image (3)“Lawatan ke Laman Seni 7 ini menunjukkan rasa keprihatinan Raja Muda dalam memperkasakan seni, budaya dan pembangunan belia di Selangor. Ini juga, sekali gus menjadi pemangkin dalam memanifestasikan Shah Alam sebagai Kota Seni,” kata Mohd Zulfahmee.

Laman Seni 7 adalah projek transformasi lorong belakang yang dibuat MBSA dengan paparan lukisan seni dan kreatif bagi mengalakkan perkembangan karya artistik kepada warga Shah Alam.

Kewujudan Laman Seni 7 dan 2 di Shah Alam memberi ruang kepada golongan pengkarya serta kreatif untuk turut sama berkongsi ruang melalui aktiviti kesenian bagi menarik belia menjalankan aktiviti berfaedah.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Laman Seni 7 produk pelancongan baru Shah Alam

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 23 JUN: Laman Seni 7 yang diangkat sebagai pilihan untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial supaya menjadi lokasi selesa dan selamat bakal menjadi satu lagi tarikan serta produk pelancongan baru di Shah Alam.

Berkonsepkan seni jalanan, Laman Seni 7 boleh dilawati pengunjung serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti bermanfaat antaranya lukisan mural, persembahan muzik jalanan (basking) dan jualan kraftangan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata kewujudan laman seni itu adalah untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap kawasan lorong belakang yang tidak terurus kepada persepsi positif yang menjadi pusat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

laman seni seksyen 7 MB 2aBeliau berkata, ia juga bagi menggalakkan aktiviti seni dan budaya selain menyerlahkan kreativiti orang ramai khususnya generasi muda melalui lukisan serta menjadi produk pelancongan baru di bandar raya Shah Alam.

“Kita banyak lorong belakang sama ada di kawasan perumahan atau komersial yang sering dianggap jijik, tetapi mulai 2013 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui program zon bersih memberanikan diri untuk bangunkan lorong belakang.

“Kita naik taraf Seksyen 7 ini sebagai tempat yang baik dan selamat sama seperti di Seksyen 2 yang dijadikan titik permulaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Laman Seni 7, di Jalan Plumbum, dekat sini, semalam.

Mohd Jaafar berkata, Laman Seni 7 dilakukan di kawasan seluas 206 meter membabitkan 56 pemilik premis perniagaan di pusat komersial terbabit.

laman seni seksyen 7 MB 7aBeliau berkata, setakat ini pihaknya mendapat reaksi positif daripada pemilik premis kerana laman seni itu berjaya mengindahkan kawasan lorong belakang dan bertambah bersih.

“Kalau ini boleh kita buat di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), maka kita akan dapat kurangkan kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, bahkan penjimatan itu dipulangkan kepada masyarakat dalam projek sebegini.

“Kawasan ini akan menjadi tumpuan siang dan malam. MBSA mahu buktikan bahawa paradigma lorong belakang yang kotor dapat diubah,” katanya.

Laman Seni Seksyen 7aLukisan mural yang dipilih di laman seni itu adalah melalui pertandingan Laman Seni 7 yang mempertaruhkan empat kategori iaitu ’3D Painting’, ’3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’ dengan tawaran hadiah wang tunai berjumlah RM71,000 secara keseluruhannya.

Konsep lukisan mural itu bertemakan komuniti Shah Alam, tarikan pelancongan atau berkonsepkan kehijauan.

-NFN-