Categories
KENYATAAN MEDIA

1MDB: DiCaprio lebih bertanggungjawab berbanding menteri

OLEH KESAVAN SUBRAMANIAM

Dua tiga hari ini kita dihujani dengan pelbagai pendedahan terbaru berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Ekoran itu, bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio telah memulangkan Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika Syarikat (AS) susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB.

Malah beliau juga dikatakan mahu memulangkan barangan yang dikatakan diterimanya sebagai hadiah untuk lelongan kebajikan yang berpunca daripada pihak yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

NAJIB 1MDBTindakan Dicaprio sememangnya perkara yang boleh dipuji kerana beliau jelas tidak mahu terlibat langsung dalam penggubahan wang haram dan 1MDB.

Beliau juga menyatakan akan memberikan kerjasama kepada siasatan itu dan akan kembalikan semula sebarang hadiah atau sumbangan jika ianya berpunca daripada sumber yang dipersoalkan.

Sebaliknya di Malaysia, seperti tiada sesiapa yang terlibat dan tidak tahu apa yang berlaku, sedangkan 1MDB itu adalah syarikat Malaysia, duit dari Malaysia dan yang disiasat itu individu dari Malaysia sendiri.

Jika di Singapura pula, pegawai bank diambil tindakan, ditangkap dan bank ditutup. Amat pelik, di Malaysia, Peguam Negara kita kata tiada kes?

Bagaimana ini boleh berlaku, orang luar nampaknya lebih bertanggungjawab dengan skandal 1MDB ini.

Dapat dilihat ‘orang luar’ dengan rela hati membersihkan nama mereka dengan jujur tetapi orang Malaysia (para Menteri) pula bermati-matian mempertahankan MO1 kerana jawatan yang diraih.

Kini jelas Malaysia semakin popular di mata dunia, namun ia sesuatu yang memalukan kerana dikenali disebabkan perkara negatif dan memburukkan nama negara.

# Kesavan Subramaniam adalah ADUN Hutan Melintang (PKR)

Categories
NASIONAL

Anak Rosmah digugur dari pencalonan Oscar

SHAH ALAM, 23 JAN: Academy of Motion Picture Arts and Sciences Hollywood menyifatkan pembelian hak dan membiayai pembikinan sesebuah filem sebenarnya tidak melayakkan seseorang itu menjadi seorang produser.

Berikutan itu, dalam apa yang dilihat sebagai ‘satu tindakan yang jarang berlaku’, Akademi itu menggugurkan nama Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada senarai pencalonan Oscar bagi kategori filem terbaik bagi filem Wolf of Wall Street, semalam.

Riza RizzSebaliknya, senarai produser yang dicalonkan bagi filem berharga AS$100 juta itu adalah pengarah Martin Scorcese; pelakon utama Leonardo DiCaprio; rakan kongsi perniagaan Riza, Joey McFarland dan rakan Scorsese, Emma Tillinger Koskoff.

Memetik Malaysia Kini, senarai produser yang dicalonkan bagi filem Wolf of Wall Street itu dimuktamadkan oleh akademi terbabit, seminggu selepas pencalonan yang lain diumumkan.

Sebelum ini, Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.

Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

 

Categories
NASIONAL

Dicaprio sahkan anak Rosmah ‘tulang belakang’ penerbitan filem The Wolf of Wall Street

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 JAN : Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.

Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Leonardo-DiCaprioAktor kelahiran Los Angeles, California itu dalam ucapannya berterima kasih kepada Riza selain menyebut beberapa nama lain yang turut terbabit dalam pembikinan filem berkenaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja produksi filem terutama Joey, Riza dan Joe yang mengambil risiko menerbitkan filem ini,” katanya.

Ucapan itu boleh disaksikan melalui laman Youtube pada minit ke 1:37 dan video itu turut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad melalui laman sosial, Twitter untuk mengesahkan Riza adalah “tulang belakang” kepada filem berkenaan.

“Saksikan ucapan Leonardo DiCaprio sewaktu menerima anugerah Golden Globe bagi filem The Wolf of Wall Street.

“Pada minit ke 1:37, beliau memberi kredit kepada Riza dan beberapa individu lain termasuk ‘Joe’ dan persoalannya adakah Joe itu merujuk kepada penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low?,” katanya di Twitter.

the wolf of wall streetFilem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar berkenaan broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

DiCaprio bersetuju berlakon filem itu di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun lalu.

Riza bagaimanapun enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.

-NFN-