Categories
SUKANKINI

UEL: Misi lapan pasukan membawa bendera negara

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 MAC: Disebalik debaran undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang bakal berlangsung sekitar jam 12.00CET atau 7 malam waktu Malaysia hari ini, Piala Europa juga akan mengambil tempat sama sejam selepas itu.

Lapan pasukan mewakili negara berbeza, pastinya rekod di peringkat eropah sebelum ini menjadi ukuran di medan pertembungan suku akhir.

Arsenal (England) Atlético Madrid (Sepanyol), CSKA Moskva (Russia), Lazio (Itali), RB Leipzig (Jerman), Olympique Marseille (France), Salzburg (Austria) dan Sporting CP (Portugal) pastinya mahu melakar sejarah sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.

Di atas kertas, kelebihan dilihat berpihak kepada Atletico Madrid yang pernah muncul juara sulung Piala Europa selepas penjenamaan semula dari Piala UEFA pada 2009 dan pastinya tujuh pasukan lain sebolehnya mahu mengelak bertemu mereka lebih awal.

Namun, beberapa siri kejutan berlaku sebelum ini pastinya membuat semua pasukan berhati-hati mencongak strategi mencari kelebihan dalam perlawanan pertama khususnya bagi mengelakkan tersingkir menerusi peraturan gol tempat lawan.

Undian UEL bakal menampilkan Eric Abidal, selaku duta dan bekas pemain Barcelona ini pernah bangkit melawan penyakit kanser hati.

Dengan undian secara terbuka, pasukan pertama yang diundi akan bertindak selaku tuan rumah untuk perlawanan suku akhir pertama pada 5 April atau awal pagi 6 April waktu Malaysia sementara perlawanan timbal balik kedua berlangsung pada 12 April atau awal pagi 13 April waktu Malaysia.

Jadual UEL 2017/18:

Quarter-finals    : 5 & 12 April
Semi-final draw : 13 April
Semi-finals          : 26 April & 3 May
Final                     : Wednesday 16 May, Stade de Lyon, Lyon

 

Kredit Foto: UEFA Europa League

Categories
SUKANKINI

UCL kembali, pertembungan Real Madrid-PSG jadi tumpuan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 FEB: Pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah kembali membuka saingan awal, pagi esok dengan lapan pasukan akan beraksi minggu ini, jam 3.45 pagi waktu Malaysia.

Dua perlawanan awal pagi esok menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan berkunjung ke Switzerland untuk bertemu FC Basel di St. Jakob Park.

FC Basel yang kini menduduki tangga kedua Liga Super Switzerland memiliki rekod cemerlang bertemu pasukan dari England dalam saingan Eropah apabila sebelum ini pernah menewaskan Manchester United sebanyak dua kali, pada 2011 dan 2017 diikuti Chelsea (2013) serta Liverpool (2014).

Dalam satu lagi perlawanan, naib juara musim lalu, Juventus akan melayan kunjungan Tottenham Hotspur yang sebelum ini berjaya mengatasi juara bertahan Real Madrid.

Aksi awal Khamis pula dijangka berlangsung lebih menarik apabila juara lima kali, Liverpool akan bertandang ke Portugal bagi menghadapi cabaran FC Porto dalam mencari tempat ke suku akhir.

Juara edisi 2003-2004, FC Porto dijangka menurunkan barisan pemain terbaik bagi mengekang jentera serangan Liverpool yang diterajui Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Tumpuan pastinya terarah kepada juara 12 kali, Real Madrid apabila menantikan kunjungan pendahulu Liga Perancis, Paris Saint Germain (PSG), di Santiago Bernabéu dalam misi mengekalkan kejuaraan musim lalu.

PSG bakal turun tanpa kehadiran penyerang muda Perancis, Kylian Mbappe yang cedera tetapi barisan serangan mantap menerusi gandingan Neymar, Edinson Cavani dan Angel di Maria dijangka akan meresahkan benteng Real Madrid.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane pastinya meletakkan sandaran kepada Cristiano Ronaldo di bahagian serangan selain mengelak PSG memperoleh jaringan di tempat lawan sebelum berkunjung ke Perancis bagi aksi kedua nanti.

Foto Kredit: UEFA.com