Categories
SUKANKINI

UEL: Misi lapan pasukan membawa bendera negara

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 MAC: Disebalik debaran undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah yang bakal berlangsung sekitar jam 12.00CET atau 7 malam waktu Malaysia hari ini, Piala Europa juga akan mengambil tempat sama sejam selepas itu.

Lapan pasukan mewakili negara berbeza, pastinya rekod di peringkat eropah sebelum ini menjadi ukuran di medan pertembungan suku akhir.

Arsenal (England) Atlético Madrid (Sepanyol), CSKA Moskva (Russia), Lazio (Itali), RB Leipzig (Jerman), Olympique Marseille (France), Salzburg (Austria) dan Sporting CP (Portugal) pastinya mahu melakar sejarah sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.

Di atas kertas, kelebihan dilihat berpihak kepada Atletico Madrid yang pernah muncul juara sulung Piala Europa selepas penjenamaan semula dari Piala UEFA pada 2009 dan pastinya tujuh pasukan lain sebolehnya mahu mengelak bertemu mereka lebih awal.

Namun, beberapa siri kejutan berlaku sebelum ini pastinya membuat semua pasukan berhati-hati mencongak strategi mencari kelebihan dalam perlawanan pertama khususnya bagi mengelakkan tersingkir menerusi peraturan gol tempat lawan.

Undian UEL bakal menampilkan Eric Abidal, selaku duta dan bekas pemain Barcelona ini pernah bangkit melawan penyakit kanser hati.

Dengan undian secara terbuka, pasukan pertama yang diundi akan bertindak selaku tuan rumah untuk perlawanan suku akhir pertama pada 5 April atau awal pagi 6 April waktu Malaysia sementara perlawanan timbal balik kedua berlangsung pada 12 April atau awal pagi 13 April waktu Malaysia.

Jadual UEL 2017/18:

Quarter-finals    : 5 & 12 April
Semi-final draw : 13 April
Semi-finals          : 26 April & 3 May
Final                     : Wednesday 16 May, Stade de Lyon, Lyon

 

Kredit Foto: UEFA Europa League