Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

LTdL 2019: Tun M rasmi peringkat pertama

KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini merasmikan majlis pelepasan peringkat pertama perlumbaan basikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 di hadapan KLCC, di sini.

Tepat 12 tengah hari, beliau melepaskan 132 peserta daripada 22 pasukan yang akan berkayuh membabitkan laluan dari Kuala Lumpur ke Tampin, Negeri Sembilan sejauh 176.9 kilometer.

Sebelum itu, ketibaan beliau diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagi perlumbaan pembukaan ini, kelebihan dilihat memihak kepada pakar pendakian apabila melalui empat zon pendakian sepanjang perlumbaan dengan tiga pendakian Kategori 3 iaitu Ampang Look Point, Bukit Tangga dan Bukit Putus serta satu Kategori 2 di Genting Peres.

Pelumba juga akan melalui tiga zon pecutan di kilometer (KM) 25.4 Pekan Batu 18, KM 110.6 Ampangan dan KM 138 Kuala Pilah.

Pelumba dijangka tiba di garisan penamat di Jalan Besar Tampin sekitar pukul 4 petang.

LTLD 2019 menawarkan 4 kategori jersi yang bakal menjadi rebutan iaitu juara Keseluruhan (jersi kuning), Raja Bukit (jersi merah), Raja Pecut (jersi hijau) dan Juara Asia (jersi putih), selain Pasukan Terbaik Keseluruhan dan Pasukan Terbaik Asia sepanjang jelajah lapan peringkat meliputi jarak keseluruhan 1,225.8km. -BERNAMA

 

Categories
NASIONAL

Peringkat ke-7 Le Tour De Langkawi bermula hari ini

Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 14 MAC: Peringkat ketujuh perlumbaan berbasikal Le Tour De Langkawi (LTdL) 2015 dari Shah Alam ke Genting Highlands, dilepaskan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Pelumba dilepaskan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafiddin Idris Shah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Turut mengiringi Raja Muda, Exco Sukan, Amiruddin Shaari.
Le Tour De Langkawi di Dataran kemerdekaan Shah Alam (9)Seramai 131 pelumba dari pasukan profesional dan amatur akan melalui kawasan Bukit Cerakah, Puncak Alam, Sungai Buloh, Gombak sebelum tiba di Genting Higlands (177km).
Laluan itu membabitkan tiga zon pecutan di Puncak Alam, Sungai Buloh dan Gombak selain tiga zon pendakian di Bukit Cerakah, Genting Sempah dan Bukit Fraser.
Edisi LTdL ke-20 kali ini menyaksikan peserta menempuh laluan di lapan peringkat berbanding 10 peringkat tahun lepas berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Peringkat pertama yang berlangsung di Pulau Langkawi semalam meliputi laluan sejauh 101.1 km, peringkat kedua Alor Setar-Sungai Petani (185 km), peringkat ketiga Gerik-Tanah Merah (170 km) dan peringkat keempat Kota Baharu-Kuala Berang (164.5 km).
Peringkat kedua perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 sejauh 185km meliputi laluan Alor Setar-Sungai Petani.
Le Tour De Langkawi di Dataran kemerdekaan Shah Alam (13) Peringkat kelima LTdL pula meliputi laluan Kuala Terengganu-Kuantan (200 km), peringkat keenam Maran-Karak (96.6 km), peringkat ketujuh Shah Alam-Genting Highlands (105.7 km) dan peringkat terakhir Kuala Kubu Baharu-Kuala Lumpur sejauh 96.1 km.
Semalam, pelumba muda Australia, Caleb Ewan, semakin menghampiri untuk mencipta nama sebagai pelumba ketiga merangkul gelaran berganda pada perlumbaan LTdL.
Pelumba berusia 20 tahun daripada pasukan Orica GreenEdge berada di laluan betul untuk menyarung jersi kuning, juara keseluruhan dan jersi biru (Raja Pecut) selepas menjuarai perlumbaan Peringkat 6 dari Maran ke Karak.
-NFN-