Categories
AGENDA NASIONAL

M Nasir positif Covid-19, kuarantin di rumah

SHAH ALAM, 13 DIS: Penyanyi dan komposer, Datuk M Nasir kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan positif Covid-19.

Berita berkenaan disahkan Datin Marlia Musa yang mengatakan suaminya dikesan dijangkiti virus berkenaan selepas menjalani ujian kendiri sebanyak dua kali, lapor portal BH Online.

Berikutan itu, Marlia berkata mereka sekeluarga terus melakukan ujian pantas polimeras masa nyata (RT-PCR) namun dirinya, anak dan pembantu rumah bebas Covid-19.

“Setakat ini beliau tidak apa-apa gejala dan hanya jalani kuarantin kendiri. Suami sepatutnya hadir program di Pesta Buku Selangor semalam,” katanya.

Tambah Marlia, beliau tidak tahu punca jangkitan berkenaan dan meminta orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

M Nasir, isteri bawa pembantu rumah suntik vaksin negeri

PETALING JAYA, 8 OGOS: Khuatir perebakan pantas varian Delta, penyanyi dan penggubah lagu terkenal tanah air, Datuk M Nasir membawa pembantu rumah mereka menerima suntikan tanpa janji temu menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).

Beliau yang hadir bersama isteri Datin Marlia Musa, 53, menemani Chanifah, 35, memperoleh pelalian di pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall di sini semalam.

Marlia berkata meskipun Chanifah hanya melakukan kerja di rumah namun sebagai majikan mereka bertanggungjawab memastikan wanita dari Jogjakarta, Indonesia itu divaksin dan mendapat perlindungan diri.

Penyanyi dan komposer, Datuk M Nasir dan isteri, Datin Marlia Musa ketika ditemuramah media semasa program Vaksin Selangor (Selvax) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 7 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Dia (pembantu rumah) adalah petugas barisan hadapan kami, jadi penting untuk diberi vaksin kerana masakan kami sahaja yang mendapat suntikan sedangkan dia juga kerap berurusan dengan penghantar barang dan makanan.

“Awal-awal lagi kami maklumkan akan membawanya ke pusat vaksin. Tanpa membantah, dia bersetuju kerana ini semua demi kepentingannya juga. Mana tahu mungkin suatu hari nanti dia boleh pulang melawat keluarga di kampung,” katanya menambah wanita terbabit sudah 10 tahun bekerja dengannya.

Marlia berkata proses pemberian vaksin dikendalikan petugas kesihatan Selgate Healthcare pantas dan tersusun, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka membawa pembantu rumah ke PPV berkenaan.

“Sebelum ini kita tahu banyak jangkitan Covid-19 di pusat vaksin sehingga saya takut untuk menunggu lama. Alhamdulillah, hari ini (semalam) perjalanan lancar bermula dari pendaftaran hingga selesai suntikan,” katanya yang turut menyaran negeri lain mengambil pendekatan seperti Selangor.

Sementara itu, peserta, Hartini Dewi Mohd Basir, 42, sanggup membatalkan janji temu vaksin AstraZeneca demi mendapatkan suntikan bersama suami yang berdaftar bawah Selvax Industri.

Pentadbir Sekolah, Hartini Dewi Mohd Basir, 42. Foto ZAREEF MUZAMMIL

Walaupun menetap di Meru, Klang, ibu empat anak lega dan bersyukur kerana majikan Ahmad Alias, 45, memudahkan urusan mereka sehingga berjaya melengkapkan dos kedua di PPV berkenaan semalam.

“Inisiatif syarikat yang mendaftar pekerja mereka dalam program Kerajaan Negeri memang baik memandangkan jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara ketika ini sangat tinggi, jadi kadar vaksinasi harus ditingkatkan segera.

“Insya-Allah, jika lebih ramai rakyat divaksin secara percuma, kita mampu kembali hidup normal,” katanya yang berkhidmat sebagai pentadbir di sebuah sekolah antarabangsa di Setia Alam, Shah Alam.

Bagi Shiyamala Kumar, 36, yang hadir menerima dos kedua bawah Selvax Industri, perasaan gemuruh hilang sebaik melihat operasi pusat vaksin terkawal tanpa berlaku kesesakan.

“Situasinya sama ketika saya mendapat dos pertama tiga minggu lalu, proses sangat sistematik dan tersusun. Sebab itu keadaan persekitaran memainkan peranan untuk tangani rasa takut seseorang,” katanya.

 

 

Seni satu pemikiran

“Gagasan Kota Seni cukup bagus dan tepat pada masa, bahkan lebih bagus jika pengisiannya cukup dan berkualiti. Saya jangka ini bukan rancangan yang murah dan iseng-isengan.” – M Nasir