Categories
PBT SELANGOR

Transformasi permit pembinaan mampu tarik pelabur

SHAH ALAM, 3 SEPT : Kerajaan Selangor yakin dengan wujudnya Transformasi Urusan Permit Pembinaan Peneraju Utama Negeri (State DCP Champion) mampu menarik pelabur untuk melabur di negeri ini pada masa akan datang.

Setiausaha Kerajaan Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, beliau turut menzahirkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana terpilih menjadi perintis bagi program terbabit.

Katanya, beliau percaya urusan berkaitan permit pembinaan akan menjadi lebih cekap sekali gus memudahkan pelabur mendapatkan perkhidmatan disediakan.

“Pemilihan MBSA sebagai State DCP Champion ini amatlah membanggakan kerana MBSA adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Selangor terlibat dalam program ini.

“Ini usaha yang baik kerana saya percaya perubahan dilaksanakan bukan sahaja memberi kelebihan kepada bandar raya Shah Alam malahan ia juga menjadi pemangkin kepada peningkatan pelaburan di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Menandatangani Aku Janji Melaksanakan Program State DCP Champion di Dewan Bankuet, MBSA, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Amin berkata, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama semua PBT untuk menggunakan platform sama supaya permohonan premit pembangunan akan lebih efisien dan elektif.

“Justeru, saya menyeru kepada semua PBT dan MBSA khususnya untuk terus proaktif dan inovatif dalam menyediakan segala prasarana serta konsisten melaksanakan penambahbaikan sekali gus memudahkan semua urusan sama ada pelabur dan orang awam,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memilih Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai bandar raya perintis di Selangor bagi menjayakan program State DCP Champion.

Program itu bertujuan memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan PBT daripada aspek pengeluaran permit pembinaan merangkumi OSC 3.0 dan OSC 3.0 Plus selain menghasilkan perubahan dalam industri pembinaan negara.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Selangor pergiat kerjasama dengan pelabur antarabangsa – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 25092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Selangor mengekalkan prestasi yang memberangsangkan dan berharap kejayaan itu berterusan hingga ke tahun hadapan melalui siri-siri kerjasama bersama pelabur asing.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata prestasi konsisten dan prasarana pendidikan yang baik menawarkan nilai tambah kepada peluang pelaburan di negeri ini.

2. Sebanyak tiga daripada 43 premis makanan sekitar Setia Alam diarah tutup setelah didapati tidak bersih oleh Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) dalam Operasi Kebersihan Bersepadu, semalam.

3. NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menjelaskan dakwaan skandal pembelian banglo mewah bernilai RM7.2 juta lapor Free Malaysia Today semalam.