Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi kuat 7.3 skala Richter landa Maluku, Indonesia

JAKARTA, 6 MEI: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.3 skala Richter, menggegarkan kawasan barat laut kepulauan Maluku, Indonesia.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku jam 8.53 malam waktu Indonesia barat, berpusat di 180 kilometer (km) barat laut Maluku Tenggara, di kedalaman 133km di Laut Banda.

BMKG menyatakan gempa itu tidak berpotensi berlakunya tsunami.

Setakat ini belum diketahui impak gempa itu, di kawasan kepulauan berkenaan.

-BERNAMA

Grafik Sumber: Malaysian Meteorological Department
Categories
GLOBAL

Gempa bumi sederhana landa utara Laut Maluku

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Ritcher berlaku di utara Laut Maluku pada pukul 12.34 tengah hari.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 km dan jarak 34 km Tenggara dari Bidung, Indonesia.

Gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

SUMBER: BERNAMA