Categories
AGENSI SELANGOR

Maqis rampas produk babi tidak patuh syarat import

SHAH ALAM, 16 JAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan mengimport produk babi dari Sepanyol bernilai RM552,752.63 juta dalam operasi di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat pada 8 Januari lalu.

Pengarahnya Dr Tarmisal Alimin berkata produk haiwan seberat 11,339 kilogram didapati tidak mematuhi syarat import permit dan tidak menepati ciri-ciri kebersihan.

“Produk ini ditahan kerana tidak mematuhi syarat import permit ditetapkan. Maqis sentiasa teliti menjalankan pemeriksaan bagi memastikan setiap kemasukan dagangan ke dalam Malaysia selamat dan berkualiti,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Categories
SELANGOR

MAQIS Selangor rampas 6,887 kilogram herba cina

SHAH ALAM, 30 DIS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas 6,8887 kilogram produk pertanian herba cina dianggarkan bernilai RM213,145 yang tidak mematuhi syarat import dalam satu pemeriksaan di pintu masuk Pelabuhan Klang Utara, dekat sini, Selasa lepas.

Pengarahnya, Dr. Tarmisal Alimin berkata rampasan yang dilakukan sekitar pukul 3.30 petang oleh sepasukan pegawai penguatkuasa MAQIS berikutan produk itu dikesan tidak mematuhi syarat import MAQIS yang ditetapkan.

“Hasil daripada pemeriksaan mendapati pengimport telah mengimport ubat cina (herbal mentah) yang tidak mengikut syarat import iaitu nombor import permit tidak dinyatakan di dalam sijil fitosanitasi.

“Produk tersebut diimport masuk menggunakan kapal dagang dari negara China dan pihak kami telah menahan produk itu bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Tarmisal, pengimport yang gagal mematuhi syarat yang dinyatakan di dalam permit import merupakan kesalahan yang boleh didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan Seksyen 15(2) boleh didenda sehingga RM 100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Justeru, pihaknya sentiasa meningkatkan kawalan terhadap aktiviti import dan eksport di semua pintu masuk negara bagi menjaga keselamatan agromakanan di Malaysia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

MAQIS rampas biji benih bayam, baja organik tanpa permit

SEPANG, 25 DIS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 30 kilogram (kg) biji benih bayam dan 10 kg baja organik di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2), petang semalam.

MAQIS dalam kenyataan hari ini berkata hasil pemeriksaan pukul 4 petang semalam mendapati biji benih bayam dan baja organik itu dibawa masuk oleh seorang lelaki dari India untuk ditanam dan digunakan di negara ini.

“Kesemua barang pertanian yang dibawa itu tidak mempunyai dokumen yang sah seperti Import Permit dan Sijil Fitosanitasi,” katanya.

Kes disisasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta yang sama dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Pihak MAQIS akan sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian yang masuk ke Malaysia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

MAQIS tahan induk udang putih dari Panama

PUTRAJAYA, 24 NOV: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan dagangan iaitu induk udang putih yang diimport dari Panama, Amerika Syarikat semasa pemeriksaan dilakukan di Pintu Masuk Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah MAQIS Selangor Dr Tarmisal Alimin berkata tangkapan dilakukan apabila pengimport gagal mengemukakan surat kebenaran untuk mengimport induk udang daripada Jabatan Perikanan Malaysia ketika mengisytiharkan dokumen di Pejabat MAQIS.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas dagangan, terdapat tiga kotak mengandungi 206 ekor udang jenis Panaeus vennamei dengan anggaran bernilai RM25,731.60…kesemua udang di dalam bungkusan tersebut telah mati,” katanya.

Beliau berkata tindakan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa mematuhi syarat permit import Maqis merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Tarmisal berkata Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan oleh kerajaan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MAQIS perlu tambahan 800 anggota baharu

SEPANG, 20 Ogos: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) memerlukan tambahan 800 anggota baharu bagi berdepan pelbagai isu dan cabaran di 57 pintu masuk di Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, jabatan itu dengan kekuatan 463 anggota sekarang tidak mencukupi untuk berdepan pelbagai isu seperti penguatkuasaan, penyeludupan spesis benih dan penyakit.

“Sekarang ini pula isu berkaitan pembelian dalam talian di mana barang (keluaran pertanian dan agromakanan) dapat melepasi operasi manual dan ini sudah pasti memerlukan kepakaran dan peralatan yang semakin canggih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Lafaz Ikrar dan Pelancaran Keramat MAQIS, di sini hari ini.

Salahuddin berkata, pihaknya akan membawa isu penambahan anggota MAQIS ke mesyuarat Kabinet untuk perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini bukan satu permohonan yang suka-suka tetapi saya faham betapa pentingnya jumlah anggota penguatkuasaan ditambah,ā€¯katanya.

Pada masa sama, beliau turut berbangga kerana setakat ini tiada isu berkaitan anggota MAQIS terbabit dengan salah guna kuasa atau didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Keramat MAQIS yang dilafazkan setiap hari sebelum pertukaran syif akan menjadi peringatan kepada anggota berhubung kepentingan menjaga integriti dan tidak melakukan penyelewengan semasa bertugas, katanya.

-BERNAMA