Categories
GLOBAL

FBI pintas dua lagi bungkusan disyaki bom

LOS ANGELES 25 OKT: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berjaya memintas dua lagi bungkusan mencurigakan yang dialamatkan kepada ahli Kongres California, Maxine Waters, semalam.

Sebelum ini, FBI turut memintas bungkusan sama yang dialamatkan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan anggota Demokrat berprofil tinggi yang lain.

Katanya, dua bungkusan itu ditujukan kepada Waters, seorang wakil veteran Demokratik AS dari Los Angeles yang lantang mengkritik Presiden Republikan, Donald Trump.

Penemuan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bungkusan disyaki bom sebanyak lapan dan kini disiasat FBI.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

FBI siasat motif lelaki curi pesawat

SAN FRANCISCO 12 OGOS: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) hari ini menyiasat punca yang mendorong seorang kakitangan penerbangan untuk mencuri dan menerbangkan sebuah pesawat tanpa penumpang dari lapangan terbang Seattle sebelum ia terhempas.

Ia turut memaksa pihak berkuasa mengerahkan dua jet pejuang tentera udara jenis F-15 untuk menyiasat insiden itu.

Difahamkan, seorang kakitangan darat Horizon Air, mencuri masuk ke dalam pesawat jenis Bombardier Q400 turboprop Jumaat lalu di kawasan penyelenggaraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma dan berlepas, kata sekutu syarikat penerbangan Horizon, Alaska Airlines (ALK.N).

Dia terbang hampir sejam dalam keadaan tidak menentu seolah mencuba formasi lagak ngeri udara, sebelum terhempas di Pulau Ketron di Puget Sound, 40 kilometer di barat daya.

Menurut pihak berkuasa, lelaki berusia 29 tahun yang belum dikenal pasti itu cuba membunuh diri dan bertindak bersendirian. Dia dipercayai terbunuh dalam nahas itu.

Ketua Eksekutif Horizon Air, Gary Beck berkata dalam satu sidang media, suspek mempunyai lesen penerbangan dan masih tidak dapat dijelaskan bagaimana dia mampu berlepas dan terbang seperti itu.

“Terdapat beberapa formasi yang sangat luar biasa dilakukan dengan pesawat itu. Pesawat komersial adalah mesin yang kompleks. Ia tidak semudah menerbangkan sebagai contoh Cessna 150, jadi saya tidak tahu bagaimana dia mempunyai pengalaman seperti itu,” kata Beck.

FBI akan mengetuai siasatan, termasuk Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.

“Kami akan lebih teliti. Ini bermaksud kami akan mengambil masa yang diperlukan untuk meneliti kawasan itu, menyelidiki latar belakang individu yang dipercayai bertanggungjawab, dan mengkaji setiap aspek insiden ini dengan semua rakan kongsi awam dan swasta yang berkaitan,” kata FBI dalam satu kenyataan.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

Tak sependapat, Pengarah FBI baharu bakal letak jawatan

GLOBAL 3 FEB: Pengarah Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI), Christopher Wray yang baru menerajui agensi itu enam bulan lalu berdepan dengan kemungkinan terpaksa meletakkan jawatan selepas bertentangan pendapat dengan Presiden Donald Trump.

Agensi Berita Antarabangsa CNN NEWS melaporkan Wray,50 mungkin mengambil tindakan berkenaan jika Trump melulus dan meneruskan pendedahan memorandum rahsia yang kini mencetuskan ‘keributan’ di Washington.

Memorandum setebal empat muka surat itu mengandungi laporan tentang penyalahgunaan kuasa dilakukan Jabatan Negara AS dan FBI membabitkan pemantauan terhadap seorang anggota kumpulan kempen Trump yang mempunyai hubungan dengan Rusia.

Wray dilantik Trump untuk menggantikan James Comey yang dipecat selepas bilionair itu mendakwa agensi itu bersikap berat sebelah terhadapnya.

Sementara itu, Trump me­nuduh pegawai tinggi mempolitik FBI dan siasatan Jabatan Keadilan untuk merosakkan partinya. parti Republikan.

FBI dalam kenyataan luar bia­sanya kelmarin melahirkan kebimbangan terhadap dokumen tersebut yang dirangka oleh Pengerusi Republikan Jawatankuasa Perisikan Dewan, Devin Nunes.

“Kami amat bimbang tentang fakta yang tidak dimasukkan dalam memorandum itu yang boleh memberi kesan besar terhadap ketepatan isi kandungan memorandum berkenaan,’’ katanya.

Kenyataan terhadap memorandum itu masih belum ditandatangani dan dijangka tidak akan didedahkan tanpa ‘lampu hijau’ daripada Pengarah FBI yang baharu itu.

Sementara itu, ‘orang kuat’ ketiga dalam Jabatan Negara AS, Tom Shannon semalam meletak jawatan menjadikan beliau sebagai diplomat kanan yang terbaharu meninggalkan jabatan ber­kenaan sejak Trump mengambil alih kuasa pemerintahan tahun lalu.

Shannon yang bertugas sebagai Penolong Setiausaha Negara untuk hal ehwal politik merupakan diplomat paling kanan di jabatan itu dengan perkhidmatan selama 34 tahun di bawah enam Presiden dan 10 Setiausaha Negara.

Melalui surat yang dihantar kepada jabatan itu, Shannon, 60, memberi alasan peletakan jawatannya disebabkan oleh hal peribadi.

“Ini adalah keputusan peribadi yang didorong oleh tanggungjawab untuk bersama-sama keluarga dan menetapkan arah baharu saki baki hidup saya,’’ katanya.

SUMBER: AFP/Reuters

 

 

Categories
BERITA UTAMA GLOBAL

FBI: Saksi 1MDB takut beri keterangan bimbang tindak balas

SHAH ALAM 6 SEPT: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menyatakan beberapa individu yang boleh menjadi saksi kepada dakwaan kecurian berbilion dolar melibatkan dana 1MDB tidak berani membantu penyiasat di AS kerana bimbang tindakan balas terhadap mereka.

Agensi Berita Bisnes Antarabangsa BLOOMBERG NEWS melaporkan individu di “beberapa negara asing” yang kini membantu pihak berkuasa dalam siasatan jenayah bimbang akan keselamatan mereka, manakala sebahagian mereka menganggap adalah terlalu bahaya untuk mereka memberi kerjasama.

Ia merupakan antara kandungan permintaan FBI supaya nama pemberi maklumat mengenai dalang di sebalik konspirasi 1MDB dirahsiakan.

FBIIndividu yang sepatutnya bersedia memberikan maklumat berkata mereka bimbang “keselamatan diri dan keluarga mereka”, kata FBI dalam kenyataan difailkan di mahkamah di Los Angeles.

Jabatan Kehakiman AS (DoJ) bulan lalu memohon hakim menangguhkan permohonan sivil merampas pelbagai aset bernilai lebih AS$1 bilion di negara itu, United Kingdom dan Switzerland sementara ia menjalankan siasatan jenayah terhadap dana yang dilarikan daripada 1MDB.

Aset yang menjadi sasaran DoJ diperolehi oleh ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low; Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib Razak; dan Khadem al Qubaisi, bekas pengarah urusan syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co.

Badan amanah yang bertanggungjawab terhadap harta Jho Low, Riza, dan al Qubaisi serta keluarga mereka bagaimanapun mencabar permohonan DoJ.

Menurut FBI, wakil Jho Low menuntut pihak berkuasa AS memberitahu siapa saksi yang akan dipanggil, sumber bukti dan beribu-ribu dokumen berkait siasatan itu.

1mdb-reza-jho-loPihak FBI juga memetik laporan berita Malaysia mengenai penangkapan mereka yang terlibat menyiasat salah laku 1MDB.

Pada 30 Ogos, media Malaysia melaporkan pemandu kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, cedera ditembak, kemungkinan ia suatu amaran kepada bekas peguam negara itu supaya tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa AS, menurut FBI.

Gani terlibat dalam siasatan awal terhadap 1MDB, menurut maklumat difailkan FBI.

Siasatan di AS merupakan sebahagian daripada usaha antarabangsa menjejak wang sebanyak AS$6 bilion daripada 1MDB yang dilarikan atau terlibat dalam pengubahan wang haram.

Switzerland, Singapura dan Luxembourg merupakan antara negara yang melakukan siasatan termasuk peranan dimainkan bank dan orang perseorangan.

Najib yang mengetuai lembaga penasihat 1MDB sehingga tahun lalu menafikan sebarang salah laku, dan diisytiharkan tidak bersalah oleh peguam negara.

DoJ antara lain mendakwa sebutir berlian bernilai AS$1.29 juta dan loket berlian bernilai AS$3.8 juta yang dihadiahkan Jo Low pada bekas teman wanitanya, pelakon Australia Miranda Kerr, dibeli menggunakan dana yang dicuri daripada 1MDB.

Jho Low juga didakwa menghadiahkan lukisan Picasso bernilai AS$3.2 juta kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio, yang membintangi filem “The Wolf of Wall Street” terbitan syarikat diketuai Riza, yang menurut DoJ turut dibiayai wang dilarikan daripada 1MDB.
SUMBER BERITA ASAL: https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-09-05/1mdb-stolen-funds-witnesses-are-scared-to-talk-fbi-says

TERJEMAHAN ASAL: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/06/saksi-bimbang-bantu-siasatan-jenayah-1mdb-kata-fbi/

Categories
GLOBAL

Christopher Wray sah pengarah baharu FBI

WASHINGTON 2 OGOS: Senat Amerika Syarikat mengesahkan Christopher Wray, 50, sebagai pengarah baharu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semalam, tiga bulan selepas Presiden Donald Trump memecat penyandang jawatan itu, James Comey.

Peguam jenayah terkenal itu menjadi pilihan yang tiada kontroversi untuk jawatan berkenaan, mendapat sokongan kedua-dua parti selepas memberitahu ahli perundangan beliau rela meletak jawatan daripada tunduk kepada campur tangan politik, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Seramai 92 Senator mengundi menyokong Wray berbanding lima yang menolak untuk mengesahkan pelantikannya.

Christopher Wray
Christopher Wray

Pemecatan Comey mencetuskan tuduhan Trump cuba menghalang siasatan berhubung kaitan antara pembantunya dengan Russia pada pilihan raya presiden tahun lalu, membawa kepada pelantikan pendakwa raya bebas, Robert Mueller, sebagai peguam khas.

Cabaran pertama Wray adalah untuk memberi jaminan kepada lebih 30,000 kakitangan biro berkenaan mengenai komitmennya kepada pendirian bebas unit itu, selepas menegaskan kepada ahli perundangan, beliau akan menjadi diri sendiri.

“Anda tidak boleh melakukan tugas ini tanpa bersedia untuk meletak jawatan atau dipecat pada ketika diminta melakukan sesuatu yang sama ada menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan atau tidak bermoral.

“Anda perlu mampu bertegas dengan prinsip anda,” katanya kepada Jawatankuasa Perundangan Senat bulan lalu.

=EZY=

Categories
KENYATAAN MEDIA

Adakah Zahid Menteri Dalam Negeri pertama tulis surat kepada FBI?

Oleh: Fahmi Fadzil

Laporan berita Malaysiakini hari ini bertajuk “I never wrote to FBI, confirms Syed Hamid” telah memetik mantan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai berkata beliau tidak pernah menulis sebarang surat kepada pihak FBI seperti surat yang ditulis Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Laporan tersebut turut berkata bahawa mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein juga tidak pernah menulis surat kepada pihak FBI seperti yang dibuat DS Zahid.

FBIMaka ramai yang ingin tahu, adakah DS Zahid Menteri Dalam Negeri yang pertama untuk berbuat sedemikian?

Adakah wujud satu “Standard Operating Procedure” (SOP) bagi menteri-menteri kabinet untuk menulis surat kepada mana-mana badan atau organisasi atas nasihat peguam yang bukan Peguam Negara, seperti surat yang ditulis DS Zahid ini?

Saya berdoa agar DS Zahid akan dikurniakan keberanian untuk menjawab soalan-soalan ini, dan tidak berselindung disebalik alasan teknik dan undang-undang kukubesi seperti yang dibuat sebelum ini.

* Fahmi Fadzil adalah Pengarah Komunikasi KEADILAN merangkap Naib Ketua Angkata Muda KEADILAN

Categories
NASIONAL

FBI mungkin bantu siasat ‘misteri’ kehilangan MH370

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 9 MAC : Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menggerakkan agen dan pakar teknikalnya untuk membantu menyiasat kehilangan kapal terbang Malaysian Airlines MH 370, kata pihak tertinggi badan siasatan itu di Washington pada Sabtu.

FBIKatanya, ia berdasarkan kepada asas terdapat tiga orang warga Amerika Syarikat yang merupakan penumpang kepada pesawat MH370 yang masih belum dijumpai.

Memetik laporan portal www.latimes.com, penumpang keempat warga Amerika Syarikat adalah bayi yang juga warganya.

“Ini memberikan kami peluang untuk menyiasat kes ini,” kata pegawai ini yang menyatakan siasatan itu masih lagi di peringkat terlalu awal.

“Tetapi apa yang berlaku adalah suatu misteri,” katanya.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata mereka melibat pelbagai kemungkinan wujudnya ancaman keganasan sehingga kemungkinan lain.

fbi-sfSpan“Walaupun terdapat dua penumpang yang menaikinya menggunakan pasport curi, namun ia tiada petunjuk lagi ia serangan pengganas.

“Kehilangan pasport bukanlah petunjuk jelas kepada serangan pengganas,” katanya.

Sehingga kini katanya ‘tiada bukti’ ia adalah perbuatan pengganas.

Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku.

Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

EZY