Categories
NASIONAL SELANGOR

Hasbullah : Cari Rakyat Untuk Beri Bantuan

Hasbullah Cari Rakyat Untuk Beri Bantuan 01

GOMBAK 27 JULAI : Adalah menjadi peranan kerajaan dan pemimpin untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa menunggu mereka pergi bagi mendapatkan pertolongan.

Adun Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 memberikan komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Adalah tugas kami sebagai pemimpin untuk mencari-cari mereka yang perlu dibantu dan yang perlu ditampung yang merupakan tanggungjawab kami.

Hasbullah Cari Rakyat Untuk Beri Bantuan 02

“Hari ini yang apa yang berlaku orang yang memerlukan terpaksa mencari-cari dan meminta-minta dan suasana ini tidak betul dan perlu diperbaiki,” kata beliau.

Hasbullah berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan kepada 52 orang anak yatim yang diadakan di Masjid Zakaria Batu 8 1/2 Gombak pada Majlis Berbuka Puasa di sini.

Ujar beliau, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membantu masyarakat yang memerlukan bantuan sehingga ke peringkat akar umbi yang memerlukan bantuan.

“Sebab itu dalam beberapa program bantuan yang diperkenalkan kerajaan negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) dan terbaru pada musim perayaan Aidilfitri Kerajaan Negeri memberikan kupon kepada 500 keluarga di setiap DUN.

“Dan saya sudah agih-agihkan kepada ketua kampung dan ahli majlis untuk mengenalpasti mereka yang perlu diberikan sumbangan,” kata beliau.