Categories
AGENSI SELANGOR

Selangor diramal hujan, ribut petir hingga Rabu

SHAH ALAM, 23 APRIL: Selangor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir hingga Rabu ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini.

Ia membabitkan semua daerah iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Keadaan dijangka berlaku pada waktu petang sementara pagi dan malam tiada hujan dilaporkan.

Untuk maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my

Categories
AGENSI SELANGOR

Selangor diramal hujan, ribut petir hingga Ahad

SHAH ALAM, 14 APRIL: Selangor diramal mengalami hujan dan ribut petir hingga Ahad ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini.

Lokasi itu membabitkan semua daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Keadaan dijangka berlaku pada waktu petang sementara pagi dan malam tiada hujan dilaporkan.

Begitupun kecuali Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor, semua daerah lain dijangka mengalami cuaca panas pada esok.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.

Categories
AGENSI SELANGOR

Cuaca di Selangor dijangka tidak menentu minggu ini

SHAH ALAM, 16 MAC: Cuaca di beberapa daerah di Selangor dijangka tidak menentu bermula hari ini hingga 22 Mac, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.

Daerah Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor dijangka panas hari ini sehingga esok (17 Mac), kemudian bertukar hujan serta ribut petir dari Rabu (18 Mac) hingga Ahad (22 Mac).

Petaling dan Sepang pula dijangka mengalami hujan dalam tempoh agak lama bermula Rabu hingga Ahad, manakala hujan diramalkan esok di Hulu Selangor dan panas sehingga Ahad.

Daerah Sabak Bernam diramalkan panas hari ini hingga Ahad dan hujan sehari pada Jumaat (20 Mac), sementara cuaca di Hulu Langat dan Gombak diramalkan tidak menentu.

Maklumat mengenai keadaan cuaca di seluruh negara boleh dilihat melalui www.met.gov.my.

Categories
AGENSI SELANGOR

Hujan, ribut petir di Selangor hingga 23 Februari

SHAH ALAM, 17 FEB: Hujan dan ribut petir berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor sehingga 23 Februari ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Kawasan itu membabitkan Sepang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Bagaimanapun, Hulu Langat dijangka mengalami hujan sehingga Khamis (20 Februari) dan diramal panas keesokannya.

Cuaca semasa di seluruh negeri boleh disemak melalui www.met.gov.my

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi 6.0 skala Richter landa Kepulauan Vancouver

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Vancouver di Kanada pada 11.36 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 510 kilometer (km) barat dari Vancouver, pada kedalaman 10km.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Mangsa banjir meningkat, lebih 6,000 dipindah

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini di Johor dan Pahang, selain Melaka yang menjadi negeri terbaharu dilanda bencana alam terbabit.

Johor mencatatkan mangsa paling ramai dengan 5,592 orang daripada 1,549 keluarga berada di PPS setakat 5 petang ini berbanding 3,934 orang daripada 1,079 keluarga, 12 tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, peningkatan itu susulan Johor Bahru dan Pontian menjadi daerah terbaharu terjejas dengan bencana itu, selain daerah sedia ada yang dilanda banjir iaitu Mersing, Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Segamat.

Katanya, kesemua mangsa kini ditempatkan di 63 PPS iaitu 10 di Mersing, 14 di Kota Tinggi, 20 di Kluang, 11 di Segamat, masing-masing dua di Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru, serta sebuah masing-masing di Pontian dan Muar.

Di Pahang, mangsa banjir di Rompin, satu-satunya kawasan dilanda banjir setakat ini, terus meningkat menjadikan jumlah keseluruhan yang ditempatkan di sembilan PPS seramai 790 orang daripada 204 keluarga pada pukul 4.05 petang, berbanding 765 orang daripada 195 keluarga, pada tengah hari.

Di Melaka, sebuah pusat pemindahan banjir dibuka berikutan hujan lebat sejak pagi tadi yang mengakibatkan beberapa kawasan di negeri itu dilanda banjir.

Setakat 3 petang, seramai 13 orang penduduk melibatkan tiga keluarga dari Kampung Bukit Balai dipindahkan ke PPS di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal, Bukit Balai.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di kawasan Rompin, Pahang; serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi di Johor sehingga Selasa ini.

Notis waspada dengan hujan lebat turut dikeluarkan bagi kawasan Maran, Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor yang diramal berlaku sehingga tempoh sama.

Selain itu, notis sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan seluruh negeri Melaka.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran hujan lebat di empat negeri sehingga Selasa

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Kawasan yang terlibat di Pahang ialah Rompin, manakala di Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon dalam kenyataan hari ini berkata, notis waspada dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi kawasan Maran, Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor yang diramal berlaku sehingga tempoh sama.

Selain itu, notis sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan seluruh negeri Melaka.

– BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Enam daerah Selangor diramal alami ribut petir

SHAH ALAM, 3 DIS: Enam daerah di Selangor dijangka mengalami cuaca hujan dan ribut petir berterusan sehingga Isnin depan (9 Disember).

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) dalam laporannya berkata keadaan itu membabitkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Bagaimanapun, Sabak Bernam dijangka mengalami cuaca panas pada Khamis (5 Disember), namun bertukar kepada ribut petir sehingga Isnin depan.

Keadaan itu turut diramal berlaku di Klang dan Kuala Langat apabila kedua-dua daerah berkenaan dijangka panas pada Khamis hingga Jumaat.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini cuaca di laman sesawang www.met.gov.my.

Categories
AGENSI SELANGOR

Ribut petir di Selangor hingga 30 November

SHAH ALAM, 24 NOV: Cuaca hujan dan ribut petir diramal berterusan di seluruh daerah di Selangor sehingga Sabtu (30 November) ini, lapor Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) hari ini.

Keadaan itu dijangka berlaku di Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Menurut laporan berkenaan, hujan dan ribut petir kemungkinan berlaku pada waktu petang.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini cuaca di www.met.gov.my.

Categories
AGENDA NASIONAL

MetMalaysia keluar nasihat Ribut Tropika Nakri

KUALA LUMPUR, 9 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan dan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 725 kilometer (km) ke barat laut dari Kudat, Sabah.

“Berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 751 km ke timur laut dari Bandar Ho Chi Minh, Vietnam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 km sejam.

“Kelajuan angin ribut tropika berkenaan boleh mencapai sehingga 170 km sejam,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

Hujan, ribut petir di Selangor hingga 12 November

SHAH ALAM, 6 NOV: Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan tujuh daerah di Selangor bakal mengalami cuaca hujan dan ribut petir sehingga 12 November ini.

Antara lokasi terbabit ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan itu dijangka berlaku pada waktu petang sementara pagi dan malam dijangka cerah.

Bagaimanapun keadaan di Sabak Bernam, Kuala Langat dan Sepang pula diramalkan panas pada 10 November dan kembali hujan hingga 12 November.

Categories
AGENSI SELANGOR

Hujan dan ribut petir di Selangor hingga Ahad ini

SHAH ALAM, 7 OKT: Selangor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir secara berterusan sehingga Ahad ini (13 Oktober).

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) melalui laman sesawangnya melaporkan, keadaan itu dijangka berlaku di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Gombak.

Kawasan lain ialah Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Keadaan hujan diramal berlaku pada waktu petang di kebanyakan daerah manakala cuaca panas pada sebelah pagi.