Categories
SUKANKINI

PL: Mo Salah pastikan Liverpool kekal di puncak

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 13 JAN: Jaringan penalti penyerang, Mohamed Salah sudah cukup untuk memastikan Liverpool mengutip tiga mata penuh bagi mengekalkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Brighton & Hove Albion, 0-1.

The Reds yang tewas dua perlawanan kepada Manchester City dalam saingan liga dan tersingkir dari saingan Piala FA, di tangan Wolverhampton Wanderers dilihat bergelut pada babak pertama dalam usaha meraih jaringan awal.

Peluang terbaik Liverpool hanya muncul pada babak kedua selepas tindakan solo Salah membawa bola ke dalam kotak penalti akhirnya memerangkap pemain tuan rumah apabila Pascal Gross menjatuhkannya.

Pengadil, Kevin Friend tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan sendiri Salah, pada minit ke-50.

Pasukan tuan rumah tidak berputus asa dalam mencari jaringan penyamaan tetapi gagal menembusi perangkap ofside yang diketuai pertahanan Liverpool, Virgin Van Dijk.

Keputusan 0-1 itu kekal menyaksikan skuad bimbingan Jurgen Klopp terus memimpin liga dengan 57 mata selepas 22 perlawanan.

Kredit Foto: Premier League

Categories
GLOBAL SUKANKINI

Salah pertahan gelaran Pemain Terbaik Afrika

DAKAR, 9 JAN: Mohamed Salah melengkapkan hari indah buat bola sepak Mesir apabila mempertahankan anugerah Pemain Terbaik Afrika di Senegal, awal pagi tadi.

Bintang Liverpool berusia 26 tahun itu menewaskan dua finalis iaitu rakan sepasukan, Sadio Mane dari Senegal serta penyerang Arsenal dan Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang.

“Saya mempunyai impian untuk memenangi anugerah ini sejak zaman kanak-kanak dan sekarang saya sudah memenanginya sebanyak dua kali.

“Terima kasih kepada keluarga, rakan sepasukan dan penyokong. Saya dedikasikan trofi ini kepada negara kelahiran saya, Mesir,” katanya.

Ia detik bersejarah tahun lalu apabila Salah muncul pemain kedua Mesir selepas Mahmoud al Khatib, pada 1983 memenangi anugerah itu.

Sebelum majlis anugerah itu, Mesir mengatasi Afrika Selatan 16-1 dalam undian jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) di Dakar untuk menentukan negara yang berhak menggantikan Cameroon selaku tuan rumah Piala Negara Afrika 2019.

Persediaan yang tertangguh serta kebimbangan mengenai tahap keselamatan menyaksikan negara Afrika Tengah itu terpaksa digantikan untuk menjadi tuan rumah. Mereka akan menjadi tuan rumah untuk edisi 2021.

Ketika Mesir memperoleh margin 15 undian yang di luar jangkaan, kejayaan Salah sudah dijangka selepas dia kerap menjaringkan gol untuk pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

Salah menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim lalu dan sudah meledak 13 gol setakat musim ini di saingan liga.

*Sumber: AFP/BHOnline

Categories
SUKANKINI

Mohamed Salah dinobat Pemain Terbaik PFA

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 23 APR: Pemain Liverpool, Mohamed Salah memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA selepas mempamerkan aksi cemerlang musim ini bersama The Reds.

Penyerang kelahiran Mesir berusia 25 tahun itu kini sudah meledak 31 goal dalam 33 perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak berhijrah dari Roma, Jun lalu.

Beliau mengenepikan cabaran pemain tengah Manchester City dan Belgium, Kevin De Bruyne di tangga kedua dan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

“Ia satu penghormatan untuk memenanginya terutama diundi oleh pemain lain. Saya bangga dan gembira dengan musim istimewa.

“Saya tidak mendapat peluang di Chelsea. Tetapi saya kembali (ke Liga Perdana Inggeris) untuk mempamerkan cara bola sepak saya. Saya bangga dan gembira,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan rakan sepasukan atas bantuan diberikan selepas meledak 41 jaringan dalam semua kejohanan bersama Liverpool.

Dengam baki tiga lagi perlawanan liga dan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Mo Salah berpeluang mengatasi rekod jaringan Alan Shearer, Cirstiano Ronaldo dan bekas pemain Liverpool, Luis Suarez.

Kredit Foto: Skysports.com