Categories
SELANGOR

Azrif masih jalani latihan bersama The Red Giants

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JULAI : Pemain Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham masih menjalani latihan bersama The Red Giants walaupun jendela perpindahan kedua Liga Malaysia masih berjalan kini.

Pengendali pasukan, Zainal Abidin Hasan, berkata pemain tengah pasukan itu masih terikat di bawah kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

 

SHAH ALAM 09 December 2015. Pemain Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq (kanan), menjalani latihan bersama rakan sepasukan bagi persiapan menentang pasukan Kedah dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015 pada 12 December di Padang Majlis Bandaraya Shah Alam. STR/Mohd Asri Saifuddin Mamat

“Buat masa ini, Azrif masih berlatih bersama kita dan bermain untuk Selangor. Selagi beliau bersama Selangor, saya mempunyai kepercayaan tinggi kepadanya.

“Namun sebagai pemain, saya berharap beliau masih boleh berfikiran secara profesional untuk teruskan kerjaya beliau sebagai pemain profesional,” katanya kepada SelangorKini pada sesi tayangan perdana perlawanan akhir Euro 2016 di Gastro Seksyen 20, malam tadi.

Sebelum ini, FAS mengambil pendirian dengan dengan menolak tawaran tebus kontrak bernilai RM960,000 untuk dilepaskan bersama pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT).

Azrif sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila hampir menandatangani kontrak bersama JDT untuk kempen Liga Malaysia musim ini.

Bagaimanapun, Pengurus Pasukan Selangor, Amirudin Shari berkata, FAS kekal dengan keputusan menolak penebusan kontrak, namun bersedia meneruskan perbincangan bersama JDT.

amiruddin-saari“Kita sudah menerima surat daripada Persatuan Bola Sepak Johor, Kelab JDT, saya akan putuskan segera dengan pimpinan tertinggi.

“JDT sudah menulis surat memanjangkan rundingan terhadap pemain tersebut. Kita bincang secara terbaik tetapi saya perlu mendapat pengesahan pimpinan tertinggi terlebih dahulu,” katanya.

Mohd Azrif antara tunggak utama pasukan Selangor dan pernah beraksi sebagai pemain sayap kanan untuk membantu The Red Giant menjulang Piala Malaysia 2015 untuk kali ke 33.

-nR-

Empat tonggak The Red Giants sertai Harimau Malaya

Empat pemain The Red Giants sertai Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019 24 dan 29 Mac depan.