Categories
GLOBAL

Hampir 4 dekad memerintah, Robert Mugabe letak jawatan

GLOBAL 22 NOV: Pemerintahan selama 37 tahun dekat Presiden Zimbabwe berakhir apabila beliuu meletakkan jawatan menerusi surat dihantar kepada Parlimen, kata Speaker Jacob Mudenda.

Orang ramai di negara itu turun ke jalan raya bagi meraikan berakhirnya pemerintahan Mugabe selepas menerima tekanan daripada pelbagai pihak rakyat dan tentera negara itu.

Mereka bersorak kegembiraan dan membunyikan hon di jalanan sebagai simbolik meraikan tamatnya era Mugabe.

Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas Parlimen memulakan proses pemecatan bagi menamatkan pemerintahan pemimpin tertua dunia itu.

Menurut laporan berita Reuters, keputusan Mugabe meletakkan jawatan itu dibuat secara sukarela bagi membolehkan satu peralihan kuasa yang lancar berlaku.

Krisis di negara itu bermula sejak pemimpin berusia 93 tahun itu memecat timbalannya, Emmerson Mnangagwa dua minggu lalu.

Mugabe, 93, bertahan selama seminggu selepas tentera merampas kuasa dan partinya sendiri, ZANU-PF bertindak menyingkirkannya.

Sambutan gemuruh meletus dalam sidang Parlimen apabila Mudenda mengumumkan peletakan jawatan Mugabe dan menggantung prosedur pemecatannya.

Kejatuhan tiba-tiba Mugabe berpunca daripada permusuhan antara anggota elit parti pemerintah berhubung siapa yang akan menggantikannya, berbanding protes popular menentang pemerintahannya.

Tentera merampas kuasa selepas Mugabe memecat Naib Presidennya, Emmerson Mnangagwa, bagi memberi laluan kepada isterinya, Grace, 52, yang terkenal dalam kalangan pengkritik sebagai ‘Gucci Grace’ yang boros.

Mnangagwa, bekas ketua keselamatan yang dikenali sebagai ‘The Crocodile’ dijangka mengambil alih jawatan presiden.

=EZY=

Categories
GLOBAL

CNN: Mugabe sedia letak jawatan, isteri diberi imuniti penuh

GLOBAL 20 NOV: Presiden Zimbabwe Robert Mugabe bersetuju berundur dan surat peletakan jawatannya sudah disediakan, lapor CNN.

Laporan itu memetik sumber yang tahu berhubung rundingan Mugabe, 93, dengan jeneral tentera yang merampas kuasa di ibu kota ini minggu lalu.

Menurut CNN, mengikut syarat perjanjian, Mugabe dan isterinya, Grace, akan diberi imuniti penuh.

Dua sumber kanan kerajaan memberitahu Reuters lewat semalam, Mugabe bersetuju meletak jawatan namun tidak mengetahui butiran mengenai pengundurannya.

Pemimpin perang veteran Zimbabwe, Chris Mutsvangwa, berkata beliau akan memulakan prosedur mahkamah untuk mengesahkan tindakan ketenteraan ke atas Mugabe selepas pasukan keselamatan itu merampas kuasa Rabu lalu.

Presiden tertua dunia itu langsung tidak menyebut mengenai peletakan jawatan seperti dijangka dalam satu ucapan negara malam tadi, walaupun dipecat partinya sendiri, ZANU-PF.

SUMBER: REUTERS