Categories
GLOBAL

CNN: Mugabe sedia letak jawatan, isteri diberi imuniti penuh

GLOBAL 20 NOV: Presiden Zimbabwe Robert Mugabe bersetuju berundur dan surat peletakan jawatannya sudah disediakan, lapor CNN.

Laporan itu memetik sumber yang tahu berhubung rundingan Mugabe, 93, dengan jeneral tentera yang merampas kuasa di ibu kota ini minggu lalu.

Menurut CNN, mengikut syarat perjanjian, Mugabe dan isterinya, Grace, akan diberi imuniti penuh.

Dua sumber kanan kerajaan memberitahu Reuters lewat semalam, Mugabe bersetuju meletak jawatan namun tidak mengetahui butiran mengenai pengundurannya.

Pemimpin perang veteran Zimbabwe, Chris Mutsvangwa, berkata beliau akan memulakan prosedur mahkamah untuk mengesahkan tindakan ketenteraan ke atas Mugabe selepas pasukan keselamatan itu merampas kuasa Rabu lalu.

Presiden tertua dunia itu langsung tidak menyebut mengenai peletakan jawatan seperti dijangka dalam satu ucapan negara malam tadi, walaupun dipecat partinya sendiri, ZANU-PF.

SUMBER: REUTERS