Categories
AGENDA NASIONAL

Netflix tawar pelan mudah alih baharu RM17 sebulan

PETALING JAYA, 24 OKT: Netflix menawarkan pelan mudah alih baharu pada RM17 sebulan, dengan Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai pelan itu.

Pengarah produk inovasi Ajay Arora berkata pelan mudah alih itu menawarkan kepada pelanggan akses kepada keseluruhan katalog tempatan dan antarabangsa Netflix, tanpa sebarang iklan dan bebas untuk membuat pembatalan.

“Ahli kami di Malaysia gemar menonton pertunjukan di telefon pintar dan tablet mereka serta dengan pelan mudah alih yang pertama ditawarkan itu, semua pertunjukan dan filem Netflix boleh diakses oleh penduduk tempatan untuk penstriman dan muat turun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran pelan itu di sini, hari ini.

Katanya Netflix sentiasa terus berusaha menambah baik pengalaman mudah alihnya dengan ciri-ciri seperti muat turun pintar, previu mudah alih, pengguna interface adaptif dan perkongsian kepada sosial media.

Netflix ialah peneraju perkhidmatan hiburan internet dengan mempunyai lebih 158 juta ahli berbayar di 190 negara.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Netflix dan Iflix bakal dikenakan GST

SHAH ALAM 3 OKT: Syarikat ekonomi digital antarabangsa yang beroperasi di Malaysia seperti Netflix dan Iflix dijangka dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

MALAYSIAKINI melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata percukaian tersebut akan dapat menambahkan hasil kutipan kepada kerajaan.

“Ya,ya, ya, ya. Sudah tentu (Netflix dan Iflix akan dikenakan cukai),” katanya kepada pemberita dalam sidang media d Hotel Blue Wave, Shah Alam.

Sebelum itu Subromaniam ditanya mengenai pindaan terhadap Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 berkenaan cukai yang akan dikutip oleh kerajaan daripada syarikat asing yang beroperasi di Malaysia di bawah ekonomi digital.

NetflixSubromaniam berkata GST adalah kaedah terbaik bagi mengutip cukai perkhidmatan ekonomi digital berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Kalau nak (cukaikan mereka, kita perlu) satu sistem percukaian moden, komprehensif dan progresif, nama cukainya adalah GST.

“Bagi mereka yang tak tahulah, ramai yang tak tahu. Zaman-zaman dulu boleh lah, sekarang perkembangan zaman dah berubah, banyak benda berubah sebab itu kita guna GST.

iflix“Kalau masuk balik SST hilanglah satu sumber pendapatan yang besar, sekarang semua perkara dah guna digital dan kita tak boleh nak cukaikan kalau guna SST,” katanya.

=EZY=