Categories
NASIONAL

Nik Abduh hadir di ibu pejabat SPRM Kelantan beri keterangan

KOTA BHARU, 8 FEB: Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan menerima dana RM90 juta daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Bachok, tiba di Ibu Pejabat SPRM Kelantan di Jalan Lundang di sini, kira-kira pukul 10.20 pagi, seorang diri tanpa ditemani peguam.

Beliau kemudiannya diiringi dua pegawai SPRM ketika masuk ke dalam bangunan SPRM Kelantan untuk proses mengambil keterangan.

Portal berita semalam melaporkan tiga ahli politik dijangka hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima RM90 juta disyaki daripada 1MDB yang dikatakan dimasukkan ke akaun beberapa pemimpin PAS.

Difahamkan, ketiga-tiga ahli politik itu dari pelbagai parti politik termasuk PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Dua daripada mereka akan memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya manakala seorang lagi di Pejabat SPRM Kelantan.

Kesemua ahli politik tersebut dipercayai pernah berkhidmat di sebuah negeri di pantai timur.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Nik Abduh: Pemuda pastikan PAS kekal dalam PR

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 JUN: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan memastikan parti itu kekal bersama Pakatan Rakyat (PR), kata ketuanya yang baru, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berharap supaya isu yang berbangkit sebelum ini dapat diselesaikan dengan baik.

IMG_20150603_190624“Kita bertegas akan terus bersama PR dan harap segala isu yang berlaku termasuk keretakan juga keresahan dapat diselesaikan secara baik.

“Itu adalah komitmen Dewan Pemuda PAS Malaysia,” katanya di Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Nik Abduh juga menegaskan, isu yang dibangkitkan rakan komponen dalam PR terhadap PAS tidak boleh dijadikan asas perpecahan.

Beliau juga meminta semua pihak mengambil sumber rasmi PAS berbanding yang tidak dapat disahkan kerana tindakan itu mampu menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

Sementara itu ketika mengulas gerak kerja yang akan dijalankan selepas memenangi jawatan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh berkata, beliau berusaha menyatukan Pemuda PAS untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

-NFN-

Categories
NASIONAL

Nik Abduh Ketua Pemuda PAS baru, Suhaizat ucap tahniah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 JUN: Nik Abduh Nik Aziz hari ini disiytiharkan sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia yang baru menggantikan Suhaizan Kayat.

IMG_20150603_183811Beliau diumumkan pemenang pemilihan kali ini selepas berjaya mengutip 429 undi menewaskan Suhaizan (262).

Terdahulu, semasa ucapan penggulungan Ketua Pemuda, sambil mengucapkan tahniah, Suhaizan membayangkan kemenangan Nik Abduh itu.

“Walaupun saudara belum tahu, saya dah tahu keputusannya. Saya ucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baru,” kata Suhaizan.

-NFN-