Categories
NASIONAL

Bina Taska Untuk Ibu Tunggal Bekerja

xavier kuning pc 01

KLANG 23 APRIL : Dr Xavier Jayakumar menawarkan perkhidmatan bas percuma dan peluang pekerjaan kepada golongan ibu tunggal dengan menubuhkan taska-taska di DUN Sri Andalas.

Menurutnya, semua ini akan dilaksanakan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).

“Pertama saya mahu menubuhkan taska-taska yang mana saya mahu ibu tunggal atau golongan yang susah akan menjadi pekerja di taska itu.

“Mereka ini akan diberikan kursus terlebih dahulu. Kita mahu mereka mempunyai pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup.

” Yang kedua, saya akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Klang, pasaraya seperti Aeon, Tesco, Giant dan NSK untuk menyediakan bas percuma kepada penduduk,” katanya ketika ditemui selepas memberikan taklimat kepada petugas bilik gerakan Sri Andalas.

Jelasnya, inisiatif itu akan dilaksanakan berikutan beliau banyak menerima aduan berhubung masalah pengangkutan di kawasan itu.