Categories
AGENDA NASIONAL

NUJ tidak tahu Utusan Malaysia bakal kembali pada 2020

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan Utusan Melayu (M) Bhd tidak tahu menahu mengenai laporan bahawa akhbar Utusan Malaysia akan membuat kemunculan semula tahun depan.

Pengerusinya Mohd Taufek Razak berkata berdasarkan maklumat terkini yang diperolehinya, pihak pengurusan sedang berusaha untuk mencairkan aset milik syarikat itu, dan bekas para pekerjanya masih menunggu wang pampasan seperti yang dijanjikan.

“Tidak terima langsung maklumat mengenai Utusan akan kembali pada tahun depan. Kami masih menanti dalam kesamaran,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beberapa media tempatan hari ini melaporkan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof memaklumkan, akhbar Utusan Malaysia akan membuat kemunculan semula tahun depan.

Menurut laporan itu Redzuan memberitahu perkara berkenaan di sebuah program di Tenggayun, Johor semalam semasa berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai.

Akhbar bahasa Melayu tertua negara itu dan satu lagi akhbar terbitan syarikat berkenaan iaitu Kosmo! menghentikan operasinya sejak 9 Oktober lalu, berikutan masalah kewangan.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

NUJ: Cederakan petugas media, Polis perlu siasat segera

SHAH ALAM 3 SEPT: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) yang mewakili 1,500 ahli mengutuk keras tindaka mencederakan jurugambar New Straits Times (NST) Mohd Aizuddin Akmal ketika membuat liputan mangsa MH17.

Presidennya, Chin Sung Chew berkata, kesatuan itu menggesa ahli NUJ mengambil sikap berhati-hati dan lebih berjaga-jaga apabila mereka berada di lokasi

NST pukulKatanya, NUJ tidak akan bertolak ansur dengan sebarang keganasan secara tidak bertamadun terutama sekali ketika para wartawan sedang menjalankan tugasan mereka di lokasi.

“Kerja kita telah menjadi semakin berbahaya,” kata Chin dalam satu kenyataan.

Kesatuan itu mahu penguat kuasa undang-undang meneliti perkara ini dan menjalankan penyiasatan secepat mungkin.

“NUJ Malaysia dengan jelas menegaskan bahawa tiada siapa yang harus mengambil keadilan di tangan mereka, tanpa mengira situasi itu,” katanya.

Kesatuan itu juga akan menyediakan bantuan guaman untuk Aizuddin jika perlu.

EZY

Categories
NASIONAL

Kesatuan wartawan kutuk langkah KDN gantung The Heat

KUALA LUMPUR 20 DIS: Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) mengutuk keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung akhbar mingguan, The Heat.

Presiden NUJ Chin Sung Chew, berkata hal itu tidak sepatutnya berlaku kepada media yang hanya menjalankan tugas kepada negara.

“Media itu sendiri hanya memainkan peranan dalam memantau segala salah laku kerajaan yang memerintah.

“Kita mesti memberi orang ramai akses kepada informasi sebegitu kerana mereka berhak, dan ia berkaitan kepentingan awam,” kata beliau dalam SMS kepada Malaysia Kini.

NUJ Brighton Banner (low res)Ching turut berkata tindakan penggantungan oleh pentadbiran Najib ini sebagai langkah kurang bijak.

“Dengan ranking kebebasan media seperti yang dilaporkan Reporters Without Borders di tempat ke-145 pada 2013, tidak bijak untuk kerajaan mengambil tindakan sebegini ke atas media,” kata beliau.

NUJ dianggotai kira-kira 1,500 wartawan pelbagai media cetak di Semenanjung Malaysia dan menjadi perkumpulan petugas media terbesar di negara ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Masjalizah Hamzah, berkata penggangtungan tersebut menunjukkan pentadbiran Najib tidak serius untuk menambah baik kebebasan bersuara.

“The Heat ialah mingguan baru. Ia masih cuba mencipta nama. Dalam soal itu, penggantungan ini tidak memberi impak segera kepada orang awam. Mereka (Orang awam) tidak akan merasainya.

“Tetapi mereka yang menyokong kebebasan media dan para wartawan akan merasainya. Jika ia boleh berlaku kepada The Heat, ia boleh berlaku kepada yang lain, kecuali mungkin Utusan Malaysia,” kata beliau.

Satu lagi keputusan penting penggantungan itu, menurut Masjalizah ialah ia menunjukkan betapa kecilnya perubahan hasil dari pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Akta itu dipinda pada tahun lalu untuk membenarkan pemilik akhbar mencabar keputusan menteri dalam negeri dalam menarik lesen serta menghapuskan keperluan untuk memperbaharui lesen setiap tahun.

“The Heat boleh cuba guna undang-undang untuk cabar, dan akan ambil masa berbulan-bulan.

cij-logo“Sehingga itu, kerosakan telah pun berlaku, dari segi kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Natijahnya, kerajaan masih berkuasa,” kata Masjalizah, seorang bekas wartawan yang kini menjadi aktivis.

Beliau berkata langkah betul ke hadapan, jika kerajaan benar-benar serius mengenai kebebasan media, ialah menarik kembali PPPA.

“Kerajaan telah memperlihatkan mereka melaksanakan kuasa akta tersebut secara terpilih. Ia bukan sebab ‘ramuan’ dalam artikel terlibat – adakah ia adil dan berdasarkan fakta – tetapi hanya pilihan politik.

“Banyak artikel oleh dari Utusan yang tidak memenuhi syarat-syarat ini tapi dibenarkan sesuka hati,” kata beliau dipetik Malaysia Kini.