JURNAL BERITA – MB tidak terbabit pemecatan 23 kakitangan PKNS

1. Abdul Khalid dilantik Pengarah Jentera PKR hadapi PRK DUN Kajang

2.MB tidak terbabit pemecatan 23 kakitangan PKNS

3.PRK Kajang peluang pengundi hukum BN

4.MB : Ibu bapa disaran galak anak jadi penghafaz

5.PKNS: Tak lanjut kontrak elak pertindihan tugas

6.PRK DUN Kajang: Penamaan calon 11 Mac, undi 23 Mac

7.‘Gelombang ke Putrajaya’ bakal roboh tembok kuasa BN

8.Kemenangan Anwar halang BN guna darurat rampas Selangor

9.Program ‘Contract for Service’ MBPJ wajar jadi contoh PBT lain

10.Shafie Apdal dicabar tunjuk bukti ‘Onederful’ Malaysia senda Lahad Datu

11.Mukhriz perlu dedah penyelewengan PAS di Kedah

12.Rafizi dedah penyelewengan Skim 1Azam

13.PAS nafi jadi ‘pak turut’, amal perbincangan bersama

14.PAS gerak jentera bantu kempen Anwar di DUN Kajang

Categories
NASIONAL

Shafie Apdal dicabar tunjuk bukti ‘Onederful’ Malaysia senda Lahad Datu

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 FEB: DAP mencabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemukakan bukti bahawa video ‘Onederful’ Malaysia Tahun Baru Cina yang diterbitkan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok menyentuh isu Lahad Datu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau bersedia untuk menjadi tuan rumah dengan mengatur pertemuan antara Shafie dan Teresa serta pakar bagi menilai intipati klip video berkenaan yang didakwa menyindir pencerobohan di Sabah itu.

Beliau berkata, jika tidak ada bukti yang boleh mengaitkan Teresa terhadap dakwaan itu, Shafie dicabar supaya mengemukakan permohonan maaf dan menarik semula kenyataannya sebelum ini.

kit siang parlimen 01“Shafie tidak dapat memahami video ini kerana ia disiarkan dalam bahasa Kantonis dan Mandarin. Beliau jelas tersalah maklum hingga bertindak melulu dalam membuat kenyataan tidak berasas terhadap Teresa.

“Adakah Shafie cuba membangkitkan isu perkauman ke atas klip video satira politik itu?” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Video bertajuk Teresa Kok “Onederful” Malaysia CNY 2014 yang diterbitkan pejabat DAP Seputeh di saluran Youtube menggambarkan beliau sebagai tuan rumah sedang menemuramah tiga ahli panel berkenaan Tahun Baru Cina membabitkan ramalan feng shui mereka.

shafie apdalAntara isu yang dibangkitkan adalah isu kos sara hidup di Malaysia dan sistem pendidikan, namun video itu mendapat kecaman pelbagai pihak yang mendakwa Teresa sengaja ingin menghina pasukan keselamatan Malaysia berhubung tragedi di Lahad Datu dan ditujukan kepada pemimpin tertinggi kerajaan.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Teresa yang menyatakan video berkenaan hanya sebagai hiburan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Teresa berkata, video itu tidak menyentuh berkenaan pencerobohan Lahad Datu tetapi merujuk kepada isu keselamatan di Sabah seperti kes pelancong Taiwan yang ditembak mati dan isterinya menjadi tebusan oleh lelaki bersenjata.

-NFN-