Categories
NASIONAL

Tribunal Rakyat: Orang Asal akui dibayar RM20 untuk undi BN

20130919_173832_LLS

SUBANG JAYA 19 SEPT: Seorang individu menerima RM20 untuk mengundi BN tetapi baki RM80 tidak dibayar hingga kini, kata seorang lelaki dari kalangan orang Asal kepada Tribunal Rakyat.

Norman anak lelaki Kong, dari Kuala Lipis, Pahang itu memaklumkan Barisan Nasional (BN) banyak menabur janji semasa pilihan raya tetapi tidak ditepati.

“Kita pernah dikatakan seperti BN berjanji akan membantu membuat jalan dan rumah jika menyokongnya,” katanya yang menyatakan ia kemudian dimungkiri.

Norman mengakui hanya dibayar RM20 walaupun dijanjikan RM80 jika mengundi BN tetapi ia sekadar menambah satu lagi janji yang tidak ditepati.

“Palanivel tiba di helikopter dan berjanji untuk membina jalan kita jika kita mengundi BN.

“Palanivel kata jika tidak mengundi BN, perkhidmatan kerajaan termasuk perkhidmatan perubatan tidak akan disediakan.

“Penduduk kampung diberitahu jika mengundi BN, kita akan terima BR1M sebanyak RM1,200 dari RM500 ,” kata Norman.

– FZL

Categories
SELANGOR

Kerajaan Pahang Sepatutnya Tolong Orang Felda, Orang Asal Yang Terjejas Akibat Projek Saluran Air

SHAH ALAM, 28 SEPT : Kerajaan Pahang harus menjaga kepentingan rakyatnya yang hilang mata pencarian akibat projek penyaluran air Pahang-Selangor sebelum berfikir untuk membantu Selangor yang bebas dari masalah bekalan air.

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata Projek Penyaluran Air Mentah Pahang – Selangor (PPAMPS) mengorbankan kepentingan rakyat Pahang serta mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Katanya, PPAMPS yang melibatkan  pembinaan Empangan Klau dan Stesen Pam Sungai Semantan telah memusnahkan beribu hektar Hutan Simpan Kekal Lakum.

Beliau menjelaskan beribu-ribu peneroka Felda hilang punca pendapatan dari hasil ladang kelapa sawit mereka dalam proses pengambilan dan lebih 13,000 masyarakat Orang Asal hilang tempat rayau dan sumber pencarian dari hutan kekal tersebut.

“Turut tenggelam ialah beberapa tanah rancangan Felda di Mempaga dan Felda Lembah Klau, perkampungan Orang Asli suku Temuan di Bentong dan Sungai Temir,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Xavier yang juga exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin berkata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan exconya bertanggungjawab terhadap rakyat mereka.

Dr Xavier berkata demikian bagi mengulas kenyataan Exco Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Pahang, Datuk Mohd Soffi Abdul Razak dan Menteri Besar Pahang berhubung isu PPAMPS.

Kenyataan mereka disiarkan di dalam media hari ini di dalam artikel bertajuk “Jangan Politikkan Isu Air” dan “Kerajaan Negeri Serius Kaji Perjanjian : MB”.

PPAMPS merupakan projek mega untuk menyalurkan air dari Pahang ke Selangor untuk dirawat di Loji Langat 2 yang dihendak dibina oleh Kerajaan Pusat.

Kerajaan Selangor tidak berminat dengan kedua-dua projek itu kerana bekalan air di Selangor mencukupi.
“Kerajaan Selangor  ingin menegaskan bahawa tidak berbangkit Selangor menghadapi masalah air yang kritikal.

?Sebaliknya kita berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan sebenarnya berada dalam keadaan ?kritikal? untuk segera menyiapkan ?Tiga Projek Mega?.

?Iaitu Empangan Klau dan Stesen Pam Sungai Semantan di Pahang dan Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor. Keseluruhannya projek tersebut dianggarkan bernilai RM 12 Bilion.?

Kerajaan Selangor Dr Xavier berkata, akan menulis surat kepada kerajaan Jepun bagi membantah pemberian dana pinjaman untuk projek-projek tersebut.

Menurutnya, Kerajaan Jepun akan dimaklumkan bahawa projek itu bertujuan memberikan kerja-kerja kontrak dan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni dan bukannya untuk kepentingan rakyat Selangor.