Categories
NASIONAL

4 ahli PKR dipecat, langgar tatatertib parti

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 MEI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan memecat empat anggotanya, selain menggantung keahlian 10 individu selepas Lembaga Disiplin meneliti beberapa kes berkenaan tatatertib dan disiplin anggota.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan berkata, kes itu sudah dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik yang dipengerusikan Mohamed Azmin Ali dan turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta anggota Biro Politik yang lain, pada 20 Mei lalu.

Empat individu yang dipecat adalah Radin Sharifuddin Mohamad Yasin dari Cabang Selayang, R Kumara Guru (Cabang Alor Setar), Zulkafli Abdullah (Cabang Hulu Selangor) dan Ahmad Jufliz Datuk Faiza (Cabang Setiawangsa).

anwar mb pc pkr hq 01Antara kesalahan yang dilakukan mereka membabitkan proses pemilihan PKR yang sedang berlaku, selain mengkritik parti secara terbuka sehingga dipaparkan dalam media.

Sementara 10 anggota parti lain digantung keahlian dan diberikan surat tunjuk sebab sehingga proses siasatan selesai selepas terbabit dalam kekecohan dalam pemilihan cabang masing-masing.

Empat daripada mereka dari Cabang Selayang, enam dari Cabang Kota Raja, sementara seorang dari Cabang Hulu Selangor hanya diberikan surat tunjuk sebab kerana didakwa membocorkan laporan minit Mesyuarat Biro Politik kepada umum melalui Twitter, pada 14 Mei lalu.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

PKR pecat 4 ahli, 10 lagi digantung

Oleh: DATUK DR TAN KEE KWONG

Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 20 Mei 2014, yang dipengerusikan Mohamed Azmin Ali dan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta anggota-anggota Biro Politik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biro Politik:

1) Sdr RADIN SHARIFUDDIN BIN MOHAMAD YASIN (Cabang Selayang)
Beliau telah merempuh masuk ke dewan pengundian dan merampas kotak undi sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang berlangsung pada 11 Mei 2014.

Sdr RADIN SHARIFUDDIN BIN MOHAMAD YASIN dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

2) Sdr KUMARA GURU A/L RETNASAMY (Cabang Alor Setar)
Sewaktu proses pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei 2014, beliau telah mengambil beberapa kertas undi yang ditanda sendiri oleh beliau dan telah memasukkan kertas-kertas undi tersebut ke dalam peti undi walaupun beliau bukan anggota Cabang Kota Raja.

Sdr KUMARA GURU A/L RETNASAMY dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

3) Sdr ZULKAFLI ABDULLAH (Cabang Hulu Selangor)
Pada 16 Mei 2014 di hadapan Ibu Pejabat KEADILAN, selepas sidang media Ketua Umum bersama calon-calon Timbalan Presiden, beliau telah menjerit dan menuduh Abdul Khalid Ibrahim dengan kata-kata ‘rasuah’ dan ‘penipu’. Peristiwa ini telah dipaparkan di muka depan Sinar Harian bertarikh 17 Mei 2014.

Sdr ZULKAFLI ABDULLAH dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

4) Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO’ FAIZA (Cabang Setiawangsa)
Beliau tidak mengendahkan amaran tatatertib yang dikeluarkan Lembaga Disiplin dan terus mengkritik parti secara terbuka.

Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO’ FAIZA dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

5) Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU (Cabang Selayang)
Beliau didakwa terlibat dalam tindakan merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

6) Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN (Cabang Selayang)
Beliau didakwa terlibat dalam tindakan merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

7) Sdr NORIZAN BIN OMAR (Cabang Selayang)
Beliau didakwa terlibat dalam tindakan merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

Sdr NORIZAN BIN OMAR akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

8) Sdr AZMAN YAAKOB (Cabang Selayang)
Beliau didakwa terlibat dalam tindakan merempuh masuk dan mencetuskan kekecohan di dewan pengundian sewaktu proses pemilihan Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

Sdr AZMAN YAAKOB akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

9) Sdr MANUGHARAN A/L SELLANDY (Cabang Kota Raja)
Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei 2014.

Sdr MANUGHARAN A/L SELLANDY akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

10) Sdr TELAI AMBLAM A/L MARIAPPAN (Cabang Kota Raja)
Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei 2014.

Sdr TELAI AMBLAM A/L MARIAPPAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

11) Sdr DK VICKNESVARAN A/L KRISHNAN (Cabang Kota Raja)
Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei 2014.

Sdr DK VICKNESVARAN A/L KRISHNAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

12) Sdr M NAGESWARAN A/L MUNISAMY (Cabang Kota Raja)
Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei 2014.

Sdr M NAGESWARAN A/L MUNISAMY akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

13) Sdr P CHANDRASEKARAN A/L S PONNIAH (Cabang Kota Raja)
Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei 2014.

Sdr P CHANDRASEKARAN A/L S PONNIAH akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

14) Sdr SYED AHMAD PUTRA BIN SYED ISA (Cabang Kota Raja)
Beliau didakwa telah membuat gangguan sepanjang proses pengundian berlangsung sehingga mencetuskan kekecohan ketika pemilihan Cabang Kota Raja pada 11 Mei 2014.

Sdr SYED AHMAD PUTRA BIN SYED ISA akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

15) Sdr SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD (Cabang Hulu Selangor)
Beliau didakwa membocorkan laporan minit Mesyuarat Biro Politik kepada umum melalui Twitter pada 14 Mei 2014.
Sdr SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD akan diberi surat tunjuk sebab.

Datuk Dr Tan Kee Kwong adalah Pengerusi Lembaga Disiplin PKR

Categories
SELANGOR

PKNS: Tak lanjut kontrak elak pertindihan tugas

SHAH ALAM, 5 FEB: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelaskan perkhidmatan 20 kakitangan perbadanan itu yang ditamatkan kontrak ekoran kepakaran dan pengalaman mereka sudah sedia ada dengan pegawai tetap di situ.

PKNS berkata, keputusan itu dibuat ekoran penyusunan semula oraganisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan “value for money”.

Dalam kenyataannya, PKNS berkata perkhidmatan 20 anggota itu dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa bahagian baru antaranya pemasaran, pembangunan bisnes, strategi dan media, pelaburan, dan pengurusan organisasi dan integriti.

pkns-logo“Bagaimanapun, selepas mengkaji keputusan itu, PKNS berpandangan tidak ada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai terbbait kerana kepakaran dan pengalaman yang sama sudah ada di kalangan pegawai tetap di PKNS.

“Sehubungan itu, anak syarikat PKNS; PKNS Holdings membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Semalam, dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) iaitu anak syarikat PKNS memecat kira-kira 30 kakitangan tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam.

Semua kakitangan PHSB itu menerima surat pemecatan yang ditandatangani Pengerusinya, Datin Paduka Norazlina Zakaria dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan, pagi semalam.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan pembabitan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan PHSB dan menganggap tidak ada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan kontrak mereka tidak dilanjutkan.

Categories
NASIONAL

Gani Patail patut dipecat atau letak jawatan Peguam Negara

SHAH ALAM 14 JAN: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa meletakkan jawatan ekoran keputusannya menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya.

gani-patail (1)Justeru kata Tony, maka kini merupakan masa terbaik bagi Najib Razak untuk menghukum Gani atas ketidakcekapan peguam negara itu melaksanakan tugas penting.

“Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang Najib begitu serius dalam banteras rasuah.

“Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun,” katanya dalam kenyataan media.

tony-puaTony (gambar kiri) berkata pembebasan bekas menteri itu mewujudkan tanda tanya pihak yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.

Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kesal dan sedih kerana pembebasan Chan daripada tuduhaan skandal RM12.85 bilion PKFZ membuktikan tidak ada pemimpin dipertanggungjawab atau dihukum kerana mengakibatkan kerugian besar kepada dana awam.

Katanya, sebelum Chan, Tun Dr Ling Liong Sik juga dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan, pada 25 Oktober tahun lalu.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.

EZY