Categories
AGENDA NASIONAL

PPSR 2019 boleh diperoleh pada 21 November

PUTRAJAYA, 11 Nov: Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bagi murid Tahun 6 boleh diperolehi pada 21 November mulai jam 10 pagi di sekolah masing-masing, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata waris dibenarkan untuk mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah.

PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas (MBK) masalah pembelajaran.

Amin berkata semakan keputusan UPSR dan PASR boleh dilakukan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip UPSR < jarak> AngkaGiliran atau PASR AngkaGiliran dan SMS ke 15888.

“Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 21 November dan akan ditamatkan pada jam 6 petang pada 30 November,”katanya.

Semakan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di alamat sppat.moe.gov.my/semakan.

-BERNAMA

Categories
PENDIDIKAN

Keputusan PPSR, UPSR diumum 29 November ini

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 diumumkan pada 29 November ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, calon terlibat boleh mengambil keputusan tersebut di sekolah masing-masing bermula 10 pagi.

Katanya, tindakan sama boleh dilakukan menerusi perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888.

“Perkhidmatan talian tersebut diaktifkan bermula 10 pagi, 29 November dan ditamatkan pada 6 petang, 8 Disember.

“Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan keputusan UPSR dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2018 juga boleh dibuat melalui portal Lembaga Peperiksaan di laman Ip.moe.gov.my.

PPSR merupakan dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan UPSR bagi murid aliran perdana atau PASR bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.

-BERNAMA