Categories
SELANGOR

Red Giants azam beri cabaran hebat menangi Piala Sumbangsih

OLEH : HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 FEB: The Red Giants berazam memberikan cabaran hebat bagi menewaskan JDT untuk memenangi Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, 13 Februari ini.

Perlawanan perbukaan Liga Super menemukan juara Piala Malaysia dan juara liga musim lalu itu tentunya sengit dengan kedua-dua pasukan bakal menurunkan barisan terbaik mereka demi untuk mengungguli saingan.

Menyedari perkara itu, Pengurus Pasukan, Amirudin Shari, berkata perlawanan itu penting bagi Selangor mempamerkan aksi terbaik ke arah mencipta kejayaan serta memenuhi impian pengurusan dan peonyokong.

FAS perkenalkan baju jersi Selangor Baru SACC Mall (ASRI) (3)“Kita memberikan cabaran terbaik dalam perlawanan Piala Sumbangsih ini,” katanya kepada media selepas majlis perlancaran jersi Selangor di sini, hari ini.

Beraksi di gelangang lawan bagi Ketua Jurulatih, Zainal Abdin Hassan, adalah cabaran bagi pemain dan pasukan ke arah mengekalkan semangat juang tinggi untuk menyaingi kekuatan JDT.

“Memang perlawanan hebat dan sengit tetapi kita perlu menyiapkan diri dan juga bermain di sana amat penting bagi pemain menunjukkan disiplin tinggi hingga ke wisel penamat,” katanya.

Beberapa perlawanan diharungi dalam pra musim baru-baru ini memberi gambaran kepada Zainal bagi membentuk pasukan dan beliau membayangkan sudah mempunyai jawapan untuk kesebelahan utama Selangor.

“Sudah tentu saya mempunyai bayangan pasukan dan langkah kedua saya ingin menggunakan pemain sepenuhnya kerana pemain yang ada boleh menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Bagi ketua pasukan, Shahrum Kalam, perlawanan pembuka tirai Liga Super dan merebut piala Sumbangsih ini adalah penentu terhadap hala tuju Merah Kuning dalam menghadapi cabaran dalam saingan liga musim ini.

“Bagi kita perlawanan ini (menentang JDT) mungkin 50 – 50 kerana kami datang untuk memenangi perlawanan,” katanya.

Piala Sumbangsih atau dikenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah adalah perlawanan pembuka tirai Liga Super dengan kali pertama pada 1985 dimenangi Selangor menewaskan pahang 2 – 1.

Selangor muncul juara terbanyak dengan lapan kali iaitu pada kali terakhir pada 2010 manakala JDT dikenali sebagai Johor sebelumnya menjuarainya dua kali dengan yang terakhir pada tahun lalu menundukkan Pahang 2 – 0.

EZY

Categories
SELANGOR

Red Giants yakin baham Tok Gajah di rumah sendiri

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 DIS: Pengurus The Red Giants, Amirudin Shari yakin pasukan itu mampu beroleh kemenangan separuh akhir Piala Malaysia yang dijadual berlangsung esok.

Beliau berkata, bermain di rumah sendiri memberikan kelebihan kepada pasukan merah kuning itu.

AMIRUDIN“Namun, saya menganggap cabaran masih lagi setara antara kedua-dua pasukan kerana masing-masing mempunyai kelebihan.

“Berdasarkan track rekod, kita pernah dikalahkan 3-1 sebelum ini, walaupun pernah kalah berdepan dengan Pahang tetapi tidak mustahil untuk kita menang, begitu juga sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Karnival Menjunjung Kasih Gen-S 2015 di Padang Stadium Sultan Suleiman, di sini, pagi tadi.

Amirudin berkata pihaknya sudah mengaturkan strategi dan hanya memerlukan fokus pemain sepanjang 90 minit perlawanan.

“fokus 90 minit itu akan menentukan kemenangan kita,” katanya.

Sebelum ini, Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic itu mengikat Pahang, 0-0, pada saingan separuh akhir Piala Malaysia.

-nR-