Categories
SELANGOR

Red Giants yakin baham Tok Gajah di rumah sendiri

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 DIS: Pengurus The Red Giants, Amirudin Shari yakin pasukan itu mampu beroleh kemenangan separuh akhir Piala Malaysia yang dijadual berlangsung esok.

Beliau berkata, bermain di rumah sendiri memberikan kelebihan kepada pasukan merah kuning itu.

AMIRUDIN“Namun, saya menganggap cabaran masih lagi setara antara kedua-dua pasukan kerana masing-masing mempunyai kelebihan.

“Berdasarkan track rekod, kita pernah dikalahkan 3-1 sebelum ini, walaupun pernah kalah berdepan dengan Pahang tetapi tidak mustahil untuk kita menang, begitu juga sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Karnival Menjunjung Kasih Gen-S 2015 di Padang Stadium Sultan Suleiman, di sini, pagi tadi.

Amirudin berkata pihaknya sudah mengaturkan strategi dan hanya memerlukan fokus pemain sepanjang 90 minit perlawanan.

“fokus 90 minit itu akan menentukan kemenangan kita,” katanya.

Sebelum ini, Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic itu mengikat Pahang, 0-0, pada saingan separuh akhir Piala Malaysia.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.