1,000 peserta berbasikal di Pulau Indah, 17 Jan ini


1,000 peserta bakal sertai kayuhan basikal 180km Pulau Indah, 17 Januari ini.

Categories
SELANGOR

Peserta SkimSel berjaya tingkat pendapatan, majukan perniagaan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 7 DIS: Pembiayaan Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri berjaya membantu majoriti peniaga meningkatkan pendapatan seterusnya memajukan perniagaan.

Peniaga yang ditemui Selangor Kini berpuas hati dengan pembiayaan diberikan dan mereka beranggapan skim terbabit adalah langkah tepat ke arah membantu golongan sasaran menikmati kehidupan lebih baik.

Rosminy Zainol, 40, berkata perniagaan kraftangan tali jut diusahakan berkembang maju dengan pembiayaan diterima, selain bimbingan diberikan pengurusan SkimSel ke arah kemajuan itu.

SKIMSEL12“Saya kini mengembangkan perniagaan dengan lebih besar serta menceburi bidang baru iaitu warung makanan dan ternakan arnab.

“SkimSel memang skim yang baik ke arah membantu peniaga kecil mengembangkan perniagaan mereka,” katanya yang berasal dari Kampung Permatang, Kuala Selangor.

Rosminy berkata demikian selepas menerima pembiayaan RM20,000 daripada Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, ketika majlis Karnival Usahawan Perangsang-SkimSel (KAWAN) 2014 di Giant Kemuning Utama, di sini, semalam.

Rosminy menerima pembiayaan SkimSel sejak empat tahun lalu  membabitkan pembiayaan RM3,000 dan RM10,000 serta berupaya membayar semula bantuan terbabit dengan kemajuan diraihnya.

SSKIMSEL2ementara itu, Rus Mawar Abdul Manan, 58, dari Taman Semenyih Jaya, berkata beliau mengusahakan perniagaan jualan langsung produk tempatan bermula dari seorang pengedar dan kini berjaya menjadi stokis.

Katanya, dia mampu mengembangkan jaringan perniagaan dengan lebih baik menerusi pusingan modal yang lebih besar dengan pembiayaan Skimsel.

“Dengan ini, kita boleh merancang dan merangka sistem perniagaan lebih baik serta berkesan untuk mencapai sasaran yang ingin dicapai.

SKIMSEL10“Skimsel banyak membantu saya memaju dan mengembangkan perniagaan,” katanya yang mempromosikan produk minuman kopi herba, kordial dan teh tarik dari Al_Jannah Global Marketing.

Rus Mawar yang juga menerima pembiayaan RM20,000 dan kini meluaskan perniagaan dengan menceburi bidang tanaman tebu bagi meningkatkan pendapatan apabila menerima bantuan itu sejak empat tahun lalu.

-NFN-