Categories
SELANGOR

PECB bina 26 rumah berkembar di Telok Panglima Garang

OLEH : NORHAYATI UMOR

KUALA LANGAT, 2 JUN: 26 unit rumah berkembar satu tingkat di Jalan Helang, Telok Panglima Garang akan dibina dengan kos RM8 juta dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM 10.5 juta.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Halifiah, berkata projek Bentara Helang itu didirikan di atas tanah rizab melayu oleh PKNS Engineering Construction Berhad (PECB), anak syarikat milik penuh PKNS.

Katanya, projek itu akan dibangunkan di atas tanah seluas tiga ekar dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2017.

pkns 1“Seunit rumah berkeluasan 1,200 ke 1,300 kaki persegi (kps). Projek ditawarkan ini adalah kediaman ideal berinpirasikan gaya hidup urban yang memaparkan seni bina mengikut trend semasa dengan rekaan moden dan praktikal.

“Ia dijual dengan harga bermula RM430,000 mengikut keluasan tanah. Sebanyak 22 unit rumah akan didirikan dengan keluasan 1,300 kps, manakala empat unit lagi dengan keluasan 1,200 kps,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Pembangunan Bentara Helang, di sini.

Azlan berkata, harga unit rumah terbabit sangat berpatutan iaitu 12 hingga 15 peratus lebih rendah dari pasaran.

Sementara itu, Pengurus Besar PECB, Ahmad Fauzi Mhd Noor, berkata syarikat itu komited membangunkan dan memajukan tanah rizab melayu di sekitar Selangor yang kebanyakannya terbiar dan diabaikan.

“PECB berhasrat menjadi pemaju yang memberi dimensi baru bagi pembangunan perumahan atas rizab melayu. dengan mementingkan pembangunan berkualiti dan menekankan aspek reka bentuk.

“Kami akan memastikan pembeli mempunyai keyakinan terhadap pembangunan dilakukan PECB,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata terdapat tiga projek yang akan dibangunkan PECB di atas tanah rizab Melayu iaitu di Jalan Balam dan Jalan Merbuk di Teluk Panglima Garang, Jalan Kebun dan jalan Kampung Lombong Emas 3, dalam tempoh terdekat.

Episod 7 – SALAM SELANGOR : PKNS Engineering Construction Berhad (PECB) ke Arah Sistem Pembangunan Industri Mampan


Sinopsis :
Temubual bersama Pengurus Besar PECB Sr. Hjh. Afidzah Ahmad. PECB berperanan dalam menjana pencapaian cemerlang bagi merealisasikan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Layari http://bm.selangorku.com/