Categories
AGENDA NASIONAL

MB zahir ucapan takziah pemergian ibu Jokowi

SHAH ALAM, 26 MAC: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan keluarga berikutan kematian ibunya semalam.

“Saya mengucapkan takziah kepada Pak Jokowi atas pemergian bondanya. Semoga roh almarhumah dicucuri rahmah dan ditempatkan di syurga penuh nikmat.

“Semoga Pak Jokowi tabah menghadapi ujian pada waktu yang getir ini,” katanya di Twitter beliau, malam tadi.

Menurut media dan siaran televisyen tempatan di Indonesia, Allahyarham Sujiatmi, 77, meninggal dunia di Solo, Jawa Tengah, pada 4.45 petang waktu Indonesia Barat dan punca kematiannya belum diketahui.

Allahyarham Sujiatmi dilahirkan pada 15 Februari 1943 di Surakarta.

Categories
NASIONAL

Jerebu: SAMM tolak jawapan klise Indonesia, tekad mahu saman

SHAH ALAM, 10 SEPT : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak teragak-agak mengemukakan saman terhadap Indonesia dan syarikat terlibat mencetuskan masalah jerebu di rantau ini.

Pengarah Propagandanya, Edy Nor Redhuan, berkata perbincangan ke arah itu sudah dilakukan dengan aktivis dan pihak berkaitan bagi mengambil tindakan undang-undang oleh mangsa terjejas langsung.

edy noor redzuan SAMM 01“Sesiapa yang dimasukkan ke wad dan mempunyai laporan perubatan dengan menyatakan kesihatan terjejas kerana jerebu tampil untuk berkongsi maklumat bagi membantu perbincangan ke arah tindakan perundangan ini,” katanya.

Memetik laporan Malaysia Kini, SAMM berharap dapat mengumpulkan pihak yang terjejas kesihatan susulan jerebu, termasuk pengesahan doktor.

Pada 18 September lalu, memorandum bantahan kepada Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) susulan masalah yang mengundang pelbagai kesan negatif kepada ekonomi dan pelancongan dan perikanan.

Berhubung dakwaan syarikat Malaysia di Indonesia terlibat mencetuskan masalah sama, SAMM tidak menolak perkara itu dan mahu ia didedahkan selain tindakan undang-undang dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, Edy juga dilaporkan sebagai berkata SAMM menolak jawapan klise republik itu setiap kali masalah jerebu melanda negara.

“Jika tindakan diambil dan Indonesia serius pasti masalah ini tidak akan berulang setiap tahun.

“Sepatutnya modus operasi kapitalis rakus yang membakar hutan atau pembakaran hutan kerana pembukaan kebun secara tradisional sudah boleh diatasi jika ia dibuat secara serius,” katanya.

-NR-