Categories
AGENSI SELANGOR

Sumbangan graduan, alumni KUIS realisasi impian universiti wakaf

BANGI, 7 SEPT: Graduan dan alumni Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) disaran terus menjadi penyumbang tetap kepada dana wakaf, dana zakat dan infaq.

Rektornya, Prof Dr Ab Halim Tamuri berkata, usaha itu diwujudkan supaya dapat melunaskan hasrat KUIS mencapai impian sebagai sebuah universiti wakaf di Selangor.

“Graduan dan Alumni KUIS adalah duta penting dalam masyarakat, yang boleh membantu membangunkan KUIS di masa hadapan.

“Melalui sumbangan ini akan dapat membantu pelajar-pelajar KUIS yang memerlukan bantuan.

“Harapan saya, usaha ini akan mempercepatkan lagi hasrat KUIS untuk mencapai impian sebagai sebuah Universiti Wakaf yang terulung di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Konvokesyen KUIS kali ke 22, di Pusat Konvensyen KUIS, di sini.

Dr Ab Halim berkata, sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pihak swasta memberikan biasiswa kepada pelajar terpilih menunjukkan keprihatinan pihak swasta dalam melihat kejayaan anak bangsa.

“KUIS merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang menaja pelajar dari aspek sumber kewangan.

“Terima kasih kepada Bank Rakyat, Etiqa Takaful, Etiqa General, Bank Islam dan lain-lain atas sumbangan yang diberikan kepada pelajar-pelajar,” katanya.

Kemeriahan suasana ketika Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke-22 di Bangi, pada 7 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Pada Majlis Konvokesyen kali ini, seramai 2,338 graduan dianugerahkan Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah masing-masing.

Majlis penuh gemilang itu diadakan selama tiga hari bermula semalam hingga Ahad nanti.

Categories
SELANGOR

KUIS dipilih jadi Pusat Kajian dan Penyelidikan Bahasa Arab Serantau di Asia

Oleh : NORHAYATI UMOR

BANGI, 22 OKT: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dipilih menjadi Pusat Kajian dan Penyelidikan Bahasa Arab Serantau di Asia.

Rektornya, Prof Dr Ab Halim Tamuri, berkata perkara itu dianggap sebagai penghormatan besar dan peluang baik kepada Selangor dalam menjadi hub perhubungan di peringkat antarabangsa.

Halim Tamuri“Peluang cukup baik  kerana banyak IPT di dalam mahupun luar negara akan menjadikan Selangor sebagai hub perhubungan peringkat antarabangsa.

“Di peringkat permulaan, kita minta KUIS dan ISESCO membuat pelan strategik lima tahun supaya program dirancang dapat diteruskan ke tahap lebih baik,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Ab Halim menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama wakil Pertubuhan Pendidikan, Budaya dan Saintifik Antarabangsa (ISESCO) berkenaan pemilihan KUIS sebagai Pusat Kajian dan Penyelidikan Bahasa Arab Serantau di Asia di Dewan Senat, di sini, hari ini.

Ab Halim berkata perjanjian terbabit merupakan permulaan kepada program jangka panjang dalam bidang bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Kebudayaan.

Katanya, MoU itu juga membantu membekalkan tenaga pakar dalam selain memberi khidmat latihan pedagogi kepada guru-guru bahasa Arab di Malaysia.

KUIS“MoU ini membuka peluang penyelidikan, pertukaran pelajar dan pensyarah. Ia juga menyediakan latihan kepada penyarah dan kakitangan yang dibiayai ISESCO.

“Ia memberi kesan kepada guru-guru seluruh dunia. Seterusnya akan memacu KUIS kepada Pusat Bahasa Arab yang terbaik di dunia,”

Katanya, KUIS juga bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam menggalas tanggungjawab itu.

ISESCO berpusat di Magribi dianggotai 44 negara Islam seluruh dunia berperanan meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara negara anggota mengenai kedamaian dan keselamatan menerusi pendidikan, sains, budaya dan komunikasi.

-nR-