STEM: Lahir modal insan cemerlang, realisasi negeri pintar

50 buah sekolah disasarkan menyertai program Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha pupuk minat pelajar.

Categories
SELANGOR

Science Explorer for Little peluang kenali pendidikan Jepun

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 18 MEI: Program ‘Science Explorer for Little’ bakal mencetus minat pelajar kepada dunia sains yang diadaptasi melalui pendidikan Jepun.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Muhammad Azli Miswan berkata, pihaknya bersama Alumni Look East Policy Society (ALEPS) akan menganjurkan program berkenaan, pada 30 dan 31 Mei ini.

Program selama dua hari itu akan diadakan di Bilik Jebat, Kompleks Kreativiti Kanak-kanak dan Komuniti (Kompleks 3C), Subang Jaya.

logo mpsj“Kita berjaya menerima bantuan daripada The Scientific Explorer (Kagaku Tankentai) Jepun untuk memberi peluang kepada generasi muda mengekplorasi dunia sains.

“Selain itu, MPSJ ingin memberikan pendidikan berbentuk nilai murni serta menggalakkan penglibatan komuniti khususnya dalam bidang sains bukan sekadar mengaut keuntungan,” katanya dalam kenyataan media.

Muhammad Azli berkata, penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah rendah berumur sembilan hingga 12 tahun dan terhad kepada 20 penyertaan pertama serta yuran penyertaan RM12.

“Sebarang urusan penyertaan dan pembayaran, sila hubungi wakil ALEPS, Isrami Ismail di talian 019-3347647 atau e-mel kepada [email protected]

“Borang penyertaan program juga boleh didapati di laman sesawang MPSJ iaitu www.mpsj.gov.my,” katanya.

-NFN-