Categories
AGENDA NASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 APRIL: Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini memandangkan minat risiko pelabur dalam tempoh semalaman yang muncul di pasaran maju telah mendorong sentimen positif ke atas mata wang tempatan.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3400/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3600/3700 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran maju dilihat mengalami minat risiko dalam kalangan pelabur malam tadi memandangkan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di beberapa negara telah susut sekali gus memberi harapan keadaan itu akan pulih.

Beliau berkata pasaran ekuiti mencatatkan prestasi lebih baik dengan indeks utama seperti Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq masing-masing ditutup tujuh peratus lebih tinggi berbanding angka semasa penutupan pada Jumaat.

“Indeks Turun Naik (VIX) (di Bursa Opsyen Lembaga Chicago (CBOE)) turun secara ketara kepada 45.24 mata pada masa ini daripada lebih 85 mata pada Mac, menunjukkan pelabur mempunyai kecenderungan untuk mengambil sedikit risiko walaupun masih berhati-hati.

“Berdasarkan itu, ringgit dijangka bergerak lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini di antara RM4.33 dengan RM4.35,” katanya.

VIX CBOE merupakan pengukur jangkaan turun naik pasaran saham bagi tempoh 30 hari.

Ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6813/6945 daripada 4.7132/7248 pada Isnin dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0316/0388 daripada 3.0417/0498.

Unit tempatan naik berbanding yen kepada 3.9806/9901 daripada 3.9919/0015 semalam serta stabil berbanding pound Britain kepada 5.3048/3201 daripada 5.3619/3751.

– BERNAMA

Categories
Ringgit

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

KUALA LUMPUR, 19 JUL : Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US didorong sentimen positif menyokong pasaran, kata seorang peniaga.

Pada 9.03 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1090/1120 berbanding dolar US daripada 4.1130/1150 semasa urus niaga ditutup pada Khamis.

Beliau berkata dolar US jatuh semula pagi ini memandangkan tumpuan kekal pada konflik perdagangan dan kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

“Laporan Sektor Luaran Tabung Kewangan Antarabangsa yang dikeluarkan semalam menyatakan dolar US telah terlebih nilai sebanyak enam peratus kepada 12 peratus, berdasarkan asas-asas ekonomi jangka pendek, yang mengakibatkan dolar kembali menyusut,” katanya.

Peniaga itu berkata peningkatan ringgit juga didorong oleh kenaikan harga minyak global.

Pada masa berita ini ditulis, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 1.32 peratus kepada US$62.75 setong.

Bagaimanapun, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0273/0307 daripada 3.0234/0253 semasa ditutup pada Khams dan jatuh berbanding yen kepada 3.8216/8255 daripada 3.8161/8187.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.1556/1601 daripada 5.1269/1310 dan turun berbanding euro kepada 4.6263/6313 daripada 4.6189/6228.

-BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit teruskan kenaikan untuk dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 11 JUL : Ringgit meneruskan peningkatan semalam untuk diniagakan tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan hari ini, memandangkan lebih ramai pelabur mengalihkan minat mereka daripada aset selamat berikutan kebimbangan mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga.

Pada 9.20 pagi, unit tempatan berada pada 4.1270/1300 berbanding dolar AS daripada 4.1370/ 1400 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata dolar AS susut berbanding kebanyakan mata wang daripada kenaikan pada awal minggu, selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell memberi kenyataan yang tidak menggalakkan mengenai prospek ekonomi AS malam tadi.

Powell berkata aliran konflik seperti ketegangan perdagangan dan kebimbangan mengenai pertumbuhan global telah memberi kesan kepada aktiviti dan unjuran ekonomi AS.

Ringgit bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8163/8195 daripada 3.7985/7017 pada Rabu dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0390/0428 daripada 3.0392/0426.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.6462/6500 daripada 4.6425/6476 namun meningkat berbanding pound kepada 5.1604/1658 daripada 5.1646/1700.

-BERNAMA