Categories
GLOBAL SUKANKINI

Selamat bersara Ronaldinho

OLEH AFIX REDZUAN

BRAZIL, 17 JAN: Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho secara rasmi mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak.

Perkara itu disahkan sendiri agen yang juga abangnya, Roberto Assis yang dipetik media antarabangsa berkata, satu majlis meraikannya sedang dirancang dan ia dijangka dianjurkan selepas Piala Dunia 2018.

“Dia sudah berhenti, ia berakhir. Mari lakukan sesuatu (keraian) yang menarik selepas Piala Dunia Russia, mungkin pada Ogos.

“Kita akan menganjurkan pelbagai majlis di Brazil, Eropah dan Asia. Pastinya juga kita akan uruskan sesuatu bersama pasukan Brazil,” katanya.

Assis turut mengesahkan penaja utama, Nike akan terbabit dalam majlis keraian itu.

Ronaldinho, 37, memulakan karier bola sepak bersama kelab Liga Brazil, Gremio sebelum berkelana di Eropah bersama Paris Saint-Germain (PSG), pada 2001.

Melalui musim indah bersama Barcelona dengan memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 2006 dan Piala Dunia 2002 bersama Brazil, beliau yang sentiasa tidak lekang dengan senyuman turut berjaya memenangi anugerah Ballon d’or, pada 2005.

Beliau yang terkenal dengan teknik kawalan bola menarik pernah menjulang kejuaraan Serie A bersama AC Milan, pada 2010 tidak lagi bermain bola sepak bersama pasukan profesional sejak meninggalkan Fluminense, pada 2015.

Categories
SUKANKINI

Piala Malaysia: Ronaldinho dijangka tiada halangan beraksi menentang PKNS

OLEH AFIX REDZUAN

KUCHING, 25 OGOS: Penggempur sensasi Selangor, Patrick Ronaldinho Wleh akan diturunkan bagi mengemudi jentera serangan dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia bertemu PKNS FC, pada 28 Ogos ini.

Pengendali Selangor, K Gunalan berkata, setakat ini beliau difahamkan tiada halangan untuk Ronaldinho Wleh bermain menentang sebarang pasukan.

“Setahu saya tidak ada apa-apa (halangan) selepas berbincang dengan pengurusan. Dia boleh bermain di peringkat suku akhir Piala Malaysia menentang PKNS, pada Ahad ini,” katanya.

IMG_20160824_213341_243Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status pemain Liberia itu yang didakwa tidak boleh bermain menentang pasukan lamanya.

Dalam satu laporan akhbar sebelum ini mendakwa, Ronaldinho Wleh ‘tidak boleh bermain’ menentang pasukan PKNS FC berdasarkan syarat perjanjian pinjaman pemain itu kepada Selangor.

Namun, dakwaan itu ditangkis serta merta Pengurus The Red Giants, Amirudin Shari menerusi satu status yang dimuat naik ke laman mikro Twitter.

“Setelah disemak perjanjian, tidak pernah timbul langsung.

“Jangan jadi berita makan tuan. This is not first time (ini bukan pertama kali),” katanya.

-NFN-