Sabotaj air : Polis patut tingkat pengawasan, salur maklumat dalang kepada pihak berkuasa

BESTARI JAYA, 2 OGOS: Kerajaan Negeri akan meminta bantuan daripada polis dan RELA untuk ditempatkan di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya ekoran terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi berkata langkah itu akan diambil kira ekoran sudah dua kali berlaku sabotaj itu.

Sabotaj aiDalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab bertindak memotong sistem pendawaian di enam pam di kolam Hang Tuah itu.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Sabotaj air berulang, Kerajaan Negeri tuntut tindakan tegas diambil

Kerajaan Negeri sekali lagi berdepan tindakan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha Kerajaan Negeri memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Sekitar jam 2.30 pagi semalam, pasukan yang bertugas di tempat pengepaman air telah mengesan sejumlah 6 buah ‘powerpack’ pam yang berfungsi untuk mengalihkan air ke kolam telah dirosakkan. Semua kabel pada pam berkenaan telah dipotong.

p5 (1)Sungguhpun begitu, tindakan sabotaj ini tidak mengganggu bekalan air mentah ke loji rawatan air. Para pengguna tidak perlu khuatir kerana tindakan sabotaj ini sama sekali tidak menjejaskan bekalan air terawat kepada semua pengguna.

Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada pasukan bertugas yang telah mengambil tindakan pantas untuk memastikan kerosakan ini tidak berlarutan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengatasi perbuatan khianat ini.

Setelah laporan polis dibuat pada 27 Julai atas insiden sabotaj yang berlaku sebelum ini, hari ini satu lagi laporan polis akan dibuat.

Kerajaan Negeri menuntut agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas untuk meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar insiden sebegini tidak berulang.
YB DR AHMAD YUNUS HAIRI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BELIA DAN SUKAN, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Categories
SELANGOR

MB: Bekalan air disabotaj lagi, Polis patut siasat segara

SHAH ALAM 2 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa agar Polis segera melakukan siasatan sabotaj bekalan air di Selangor.

“Bekalan air sekali lagi disabotaj awal pagi tadi. Mohon pihak Polis Diraja Malaysia lakukan siasatan segera dan hentikan perbuatan khianat yang menjejaskan rakyat ini,” tulis Abdul Khalid di laman Facebooknya.

sabotaj twit

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Dr Ahmad Yunus Hairi turun padang ke Bestari Jaya mendapatkan gambaran jelas berhubung perkara itu.

Sabotaj aiSebelum ini, pasukan bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya diugut sekumpulan samseng bersenjata.

Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.

 Berita Lanjut Klik Di Sini