Categories
GLOBAL

Masjid Al-Aqsa: Masyarakat antarabangsa perlu bertindak segera

PALESTIN 20 JULAI: Masyarakat antarabangsa digesa bertindak segera bagi mengelakkan keadaan huru-hara berterusan di Asia Barat dan dunia susulan serangan berterusan Israel terhadap Masjid al-Aqsa.

Ketua Hakim Palestin Dr. Mahmoud al-Habash yang dipetik oleh Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA) berkata Israel masih terus menghalang umat Islam beribadat dengan bebas, tanpa sebarang larangan.

Mahmoud yang juga Penasihat Presiden Palestin bagi Hal Ehwal Agama dan Hubungan Islam, menuduh kerajaan Benjamin Netanyahu sengaja menegangkan lagi keadaan dengan menukar status bersejarah Baitulmuqaddis sejak beratus tahun.

“Tindakan Israel itu merupakan satu pencerobohan terang-terangan terhadap umat Islam dan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

PRAY AL-AQSAMahmoud berkata Masjid al-Aqsa adalah hak eksklusif umat Islam dan campur tangan Israel merupakan pencabulan hak umat Islam sejagat.

Pada Ahad lepas, Israel membuka semula beberapa pintu masuk ke Masjid al-Aqsa secara beransur-ansur tetapi meletakkan pengesan logam, lawang putar serta kamera pengawasan atas alasan keselamatan.

Tindakan itu dikecam oleh rakyat Palestin sehingga mereka melancarkan “Hari Kemarahan Palestin”untuk membantah tindakan tersebut.

SUMBER: BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA KENYATAAN MEDIA

Masjid Al-Aqsa mesti dibuka semula

OLEH: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Bagi pihak Pembangkang Parlimen Malaysia, saya mengutuk sekeras-kerasnya penutupan Masjid al-Aqsa pada Jumaat, 14 Julai 2017 oleh rejim Israel.

Penutupan ini bermakna umat Islam tidak dapat mengerjakan ibadat solat Jumaat di Masjid al-Aqsa buat kali pertama dalam hampir lima dekad.

Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga terpenting dan suci bagi umat Islam, dan merupakan juga satu tempat penting dan suci bagi penganut agama Kristian.

19989566_2001683523207391_5111854018700844219_nPenutupan ini menandakan peningkatan ketegangan hubungan di antara Israel dan Palestin.

Walaupun kami faham isu keselamatan yang membawa kepada tindakan ini, namun penutupan Masjid al-Aqsa tidak patut dijadikan peluang puak-puak radikal dan militan ekstremis untuk mengembangkan fahaman kejam mereka.

Oleh itu masyarakat antarabangsa perlu segera mengutuk penutupan ini, dan menggesa agar Masjis al-Aqsa segera dibuka semula.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden Pakatan Harapan
Presiden KEADILAN
KENYATAAN MEDIA
16 Julai 2017

 

https://selangorkini.my/2017/07/masjid-al-aqsa-ditutup-zionis-dunia-gesa-dibuka-semula/

================================================================

MEDIA STATEMENT

Al-Aqsa Must Be Reopened

On behalf of the Malaysian Federal Parliamentary Opposition, I strongly condemn the closure of the al-Alqa Mosque on Friday, 14 July 2017 by the Israeli authorities. The closure meant that Muslims were not able to perform the Friday prayers at the al-Aqsa Mosque for the first time in nearly five decades.

The al-Aqsa Mosque is the third holiest mosque for Muslims and also a holy site for Christians. The closure is an indicator of mounting tensions between the Israelis and the Palestinians.

While we understand the security concerns which precipitated this action, the closure of al-Aqsa Mosque must not be allowed to be used by radical and militant extremists to further propagate their violent ideology.

Therefore the international community must censure this closure in the strongest terms and call for the immediate reopening of the al-Aqsa Mosque.
Dr Wan Azizah Wan Ismail

Opposition Leader, Malaysian Parliament
Pakatan Harapan President
People’s Justice Party President
16 July 2017

Suasana Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel

Suasana Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS di Masjid Jamek, Kuala Lumpur 2 Oktober lalu.