Categories
GLOBAL

Masjid Al-Aqsa: Masyarakat antarabangsa perlu bertindak segera

PALESTIN 20 JULAI: Masyarakat antarabangsa digesa bertindak segera bagi mengelakkan keadaan huru-hara berterusan di Asia Barat dan dunia susulan serangan berterusan Israel terhadap Masjid al-Aqsa.

Ketua Hakim Palestin Dr. Mahmoud al-Habash yang dipetik oleh Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA) berkata Israel masih terus menghalang umat Islam beribadat dengan bebas, tanpa sebarang larangan.

Mahmoud yang juga Penasihat Presiden Palestin bagi Hal Ehwal Agama dan Hubungan Islam, menuduh kerajaan Benjamin Netanyahu sengaja menegangkan lagi keadaan dengan menukar status bersejarah Baitulmuqaddis sejak beratus tahun.

“Tindakan Israel itu merupakan satu pencerobohan terang-terangan terhadap umat Islam dan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

PRAY AL-AQSAMahmoud berkata Masjid al-Aqsa adalah hak eksklusif umat Islam dan campur tangan Israel merupakan pencabulan hak umat Islam sejagat.

Pada Ahad lepas, Israel membuka semula beberapa pintu masuk ke Masjid al-Aqsa secara beransur-ansur tetapi meletakkan pengesan logam, lawang putar serta kamera pengawasan atas alasan keselamatan.

Tindakan itu dikecam oleh rakyat Palestin sehingga mereka melancarkan “Hari Kemarahan Palestin”untuk membantah tindakan tersebut.

SUMBER: BERNAMA