Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor bawa nama ke Barcelona

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Selangor bakal membawa nama ke Barcelona apabila inisiatif negeri pintarnya mendapat perhatian menerusi Kongres Bandar Pintar Sedunia (Smart City Expo World Congress), yang dijangka bermula hujung bulan ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, menariknya persidangan berkenaan tidak memanggil mana-mana wakil dari Malaysia sebaliknya Selangor terlebih dahulu ke hadapan dipilih duduk bersama negara-negara besar lain.

“Selangor dijangka akan duduk bersama Kerajaan Singapura yang diwakili menteri luarnya.

“Pada persidangan berkenaan, kita akan membentangkan inisiatif Negeri Pintar Selangor berhubung penemuan atau hasil terbaru serta berkongsi nilai dan inisiatifnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan pada Sidang Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Amirudin pada Belanjawan #Selangor2020 mengumumkan inisiatif Smart Selangor akan diteruskan dengan peruntukkan RM50 juta dan menyasarkan kemajuan projek sebanyak 46 peratus menjelang akhir tahun 2020.

Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM300 juta sepanjang enam tahun bagi mencapai gagasan Negeri Pintar Utama (Premier Smart State) pada 2025 dan setakat ini sudah mencapai sasaran 26 peratus.

Categories
EKONOMI SELANGOR

Selangor Smart City pamer kerjasama dengan Barcelona

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 SEPT: Selangor Smart City & Future Commerce Convention 2017 yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 September ini bakal menyaksikan kerjasama penganjuran terbaik rantau ini antara Barcelona, Sepanyol dan Selangor.

Pegawai Perhubungan Media Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC), Jamilah Lim berkata, konvensyen terbesar itu turut menyaksikan Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah membentangkan pelan dan perkembangan terbaru Smart Selangor.

“Konvensyen ini membabitkan perkongsian maklumat enam perkara penting Smart City Forum, Future Commerce Forum, Green City Forum, Smart City Exhibition, Smart City Hackathon dan Top E-Commerce Merchant Awards 2017.

“Dr Fahmi dijangka membentangkan perkembangan terbaru Smart Selangor, pada hari pertama atau kedua konvensyen,” katanya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pula dijadualkan merasmikan konvensyen disertai 200 peserta yang bakal membentuk 50 pasukan untuk mengemukakan cadangan penyelesaian permasalahan perbandaran seperti kesesakan aliran trafik dan pengurusan sisa pepejal, pada 7 September ini.

Konvensyen itu turut menampilkan tokoh Smart City dari Singapura, Amsterdam, San Francisco, Barcelona, Taipei, Doha, dan Istanbul.

Selain itu, syarikat tekologi gergasi seperti Google, Nvidia, Alibaba dan Tencent juga akan mengambil bahagian dalam Future Commerce Forum bagi membincangkan isu ekonomi digital dan pasaran atas talian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang http://www.selangorsmartcity.com/

Selangor Bio Bay: Pusat pelaburan berimpak tinggi global


Selangor Bio Bay : Selaras konsep Selangor Smart City mampu menjadi pusat perlaburan berimpak tinggi global