Categories
NASIONAL

Rakyat tidak terbeban jika TNB henti beli elektrik IPP

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 MEI: Rakyat di negara ini tidak perlu berdepan kenaikan tarif elektrik yang melampau jika Kerajaan Pusat menamatkan perjanjian yang memerlukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli elektrik dengan harga tinggi daripada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

Mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Syed Husin Ali, berkata IPP memperoleh sekurang-kurangnya RM20 bilion subsidi daripada kerajaan dengan tujuan ‘melindungi’ dan ‘menyelamatkan’ syarikat itu.

Katanya, ekoran itu TNB ‘dipaksa’ membeli bekalan elektrik daripada syarikat berkenaan walaupun harga yang ditawarkan adalah tinggi dan akan membebankan rakyat.

syed husin ali 01“Najib (Datuk Seri Najib Razak) kata dia tiada pilihan melainkan terpaksa naikkan tarif elektrik. Jika kerajaan hentikan TNB daripada beli mahal (elektrik) dengan IPP tentu harga tidak perlu naik.

“Memang ingin selamatkan IPP yang dapat subsidi RM20 bilion sebab kalau ikut perjanjian yang Tun Mahathir buat, TNB kena beli eletrik mahal daripada IPP. Rugilah. Rakyat beban!” kata Syed Husin di twitternya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula secara sinis di twitternya menganggap keuntungan RM1.742 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2013 yang diperoleh TNB adalah satu’ kerugian’ buat Najib.

RafiziKatanya, disebabkan itu kerajaan BN tidak lagi mempunyai pilihan lain selain menaikkan tarif elektrik tanpa memikirkan kesengsaraan rakyat.

“Untung RM1.7 bilion itu bagi Najib rugi,” katanya.

Semalam, Najib dalam satu majlis bersama kakitangan TNB di ibu kota berkata kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PKR rakam takziah pemergian isteri Dr Syed Husin Ali

WAN AZIZAH

SHAH ALAM 14 SEPTEMBER : PKR merakamkan ucapan takziah kepada mantan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali dan keluarga di atas pemergian isteri beliau, Sabariah Abdullah yang meninggal dunia jam 7.40 malam semalam.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau berharap Dr Syed Husin dan keluarga sentiasa tabah, sabar dan redha.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman, Al-Fatihah…, ” kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan medianya.

Sementara itu menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Allahyarhamah Sabariah Abdullah adalah seorang pejuang yang gigih membela hak kepentingan rakyat.

“Yang lebih mengesankan adalah kegigihan Sabariah mempertahankan hak penghuni tanah ?haram? yang di usir pemaju dan penguasa.

“Saban bulan pejabat saya di Kementerian Kewangan atau Timbalan Perdana Menteri di hujani faks daripada Sabariah mengenai rumah atau perkampungan rakyat yang bakal di robohkan oleh Bandaraya dan utamanya Selangor yang sedang pesat membangun ketika itu.

“Kami mendoakan agar ruh Allahyarhamah disemadikan bersama para solehah dan dirahmati Allah,” kata Anwar dipetik dari blognya.