Categories
GLOBAL

Seoul tolak dialog dengan Pyongyang

SEOUL, 2 JAN: Usaha menangani ketegangan hubungan dengan Korea Utara perlu dikaitkan dengan penyelesaian program nuklear Pyongyang, kata Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat Korea Utara untuk mengadakan perbincangan dengan Seoul, yang masih kekal dengin pendirian memperluaskan program nuklear mereka, lapor Reuters.

“Usaha memperbaiki hubungan antara Seoul dan Pyongyang tidak boleh dibuat secara berasingan dengan isu menamatkan program nuklear Korea Utara.

“Jadi, Kementerian Luar akan bekerjasama rapat dengan sekutu kami serta masyarakat antarabangsa berhubung perkara ini,” katanya.

Ucapan Jae-in itu dianggap bercanggah dengan kenyataan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un yang meminta Seoul supaya berhenti meminta bantuan daripada negara luar untuk memperbaiki hubungan antara dua negara terbabit.

“Ini menunjukkan pentadbiran Jae-in melihat keadaan ini secara rasional dan realistik.

“Kenyataan ini membuktikan isu menangani nuklear Korea Utara adalah lebih penting (daripada memperbaiki hubungan antara dua negara di Semenanjung Korea),” kata Ketua Institut Pengajian Korea Utara di Seoul, Jeong Yeung-tae.

Sebelum ini, ketika berucap sempena sambutan Tahun Baharu, Jong-un berkata, beliau sedia mengadakan dialog dengan Seoul dan kemungkinan atlet dari negara itu untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan, bulan depan.

Categories
SELANGOR

Seoul: MB mesyuarat isu solar

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 29 MEI: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meneruskan lawatan kerjanya di Seoul, Korea bermula semalam bagi menjalinkan usahasama dengan beberapa syarikat di negara itu.

Lawatan kerja itu disertai delegasi Selangor antaranya Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim.

Dalam lawatan itu, Mohamed Azmin mengadakan mesyuarat perniagaan dengan syarikat pengeluar sel solar terbesar di dunia, Hanwha Q Cells sebagai persediaan pengeluaran antarabangsa di Taman Sains Selangor 2.

MB Azmin“Hanwha Q Cells mengumumkan 900 megawatt (MW) pengembangan kapasiti modul di Taman Sains Selangor 2 tahun ini dan 300 MW kapasiti sel.

“Syarikat itu juga akan mempertimbangkan permintaan Selangor untuk menubuhkan kemudahan teknologi dan inovasi Taman Sains Selangor,” tulisnya di Twitter.

Selain itu, Mohamed Azmin turut melawat kerja pemuliharaan Sungai Cheonggyecheon iaitu salah satu destinasi utama pelancong dan membantu menjana ekonomi.

“Ia bukan sahaja berkaitan sungai tetapi merangkumi falsafah pemulihan dan pertumbuhan semula sumber penting bagi alam semula jadi.

gambar 2“Pemulihan sungai akan meningkatkan kemampanan sosial dan ekologi dengan meningkatkan kualiti hidup,” katanya.

Di samping itu, Mohamed Azmin turut melawat ‘Seoul Tap Water Arisu’ iaitu pihak berkuasa bekalan air di bandar itu serta ibu pejabat LG Display yang menjadi pengeluar dan pembekal filem transistor nipis.

“Selangor akan menjemput LG Display untuk melabur di Selangor dan menubuhkan pusat dan kemudahan teknologi serta inovasi,” katanya.

Lawatan akan diteruskan dengan perwakilan Selangor bertemu pelajar Malaysia di Seoul, lewat petang ini.

-NFN-