Categories
PELANCONGAN

Slip n’ Slide: Pakai pakaian sopan, tiada penjualan arak

OLEH SYAZWANI SUFIAN

DAMANSARA, 13 SEPT: Penganjur Slide the City Malaysia, Monkey Theory Sdn Bhd meletakkan peraturan larangan memakai pakaian baju renang (berbikini) ketika karnival gelongsong air Slip n’ Slide yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leoang Delon berkata, ketetapan peraturan ‘tiada bikini’ dicapai memandangkan acara gelongsor air sepanjang 450 kaki itu adalah acara rekreasi keluarga.

“Kita menetapkan hanya pakaian sopan dan sesuai dibenarkan dan memakai bikini adalah dilarang memandangkan di Malaysia terdapat berbilang kaum yang perlu kita saling hormati.

“Selain itu, penjualan minuman keras juga tidak dibenarkan sepanjang acara itu berlangsung,” katanya.

image1 (1)Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Slide the City di GLO Damansara, di sini pagi tadi.

Selain itu, Delon berkata, pihaknya juga akan memastikan keselamatan pengunjung terjamin dalam setiap aktiviti yang berlangsung di karnival itu.

=EZY=

Categories
PELANCONGAN SELANGOR

Rasai keseronokan ‘Slip n’ Slide’ sepanjang 450 kaki

OLEH SYAZWANI SUFIAN

DAMANSARA, 13 SEPT: Buat julung kali gelongsor air gergasi atau Slip n’ Slide akan berlangsung di Selangor selama sebulan bermula 30 September hingga 29 Oktober ini dengan kepanjangan 450 kaki.

Ketua Pegawai Eksekutif Monkey Theory Sdn Bhd, Leong Delon berkata, Slide the City Malaysia merupakan satu fenomena yang tunggu rakyat Malaysia sejak ia diperkenalkan di negara ini pada Disember 2015.

Katanya, sebagai pengajur program itu, tahun ini buat julung kali pihaknya mengadakan di Selangor dengan kerjasama Toursim Selangor kerana Selangor antara salah sebuah negeri tumpuan masyarakat.

“Sebelum itu kita telah pun mengembara ke negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru.

SLIDE“Oleh itu, tahun ini kita mensasarkan 70,000 pengunjung akan hadir ke Slip n’ Slide yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam,” katanya ketika majlis pelancaran Slide the City di GLO Damansara, di sini pagi tadi.

Delon berkata, menariknya tahun ini, karnival itu akan diadakan selama sebulan di setiap hujung minggu berbanding sebelum ini yang hanya di adakan selama tiga hari sahaja.

“Keputusan itu dibuat setelah melihat kepada permintaan orang ramai yang mahu ia dipanjangkan tempoh waktu supaya ia dapat dinikmati bersama keluarga dengan lebih lama.

“Tahun ini juga kita akan menambah beberapa aktiviti lain seperti permainan karnival antaranya Rodeo Bull, Dunking Game, Bungee Run dan Gladiator Joust.

“Selain itu disediakan juga sebanyak 15 trak makanan sepanjang karnival itu berlangsung,” katanya.

Delon berkata, orang ramai boleh mendapatkan tiket secara online atau di kedai serbaneka 7-Elevan di sekitar lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang dengan harga RM29 bermula minggu ketiga September ini.

Tambahnya lagi, sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan ke Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF Malaysia) untuk menyokong pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang.

=EZY=