Categories
SELANGOR

SUKMA 2016: Trio penembak lelaki Selangor cipta mata terbaik raih emas

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 28 JULAI: Trio penembak Selangor memberi persembahan terbaik untuk memenangi emas 50 meter rifle prone lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Pusat Menembak Sarawak, Petra Jaya, di sini, semalam.

Muhammad Afiq Fakhri Azmen, Muhammad Syukri Zulkifli dan Muhammad Hafiz Zulkifli mencipta catatan terbaik peribadi dengan mata 1748.0 untuk mengungguli acara berkenaan.

“Alhamdulillah kita berjaya mendapat mata tersendiri bagi melayakkan pasukan mendapat emas.

“Biarpun menghadapi keadaan angin kuat namun kita yakin menang berdasarkan prestasi masing-masing serta latihan dijalani,” kata Muhammad Afiq kepada SelangorKini.

TRIO LELAKI MENEMBAKKatanya, mata dicatat dalam acara itu adalah pencapaian terbaik mereka setakat ini.

Dengan acara 50m rifle 3 positions lelaki bakal disertai selepas ini, trio terbabit berharap mampu mengulangi prestasi terbaik bagi mencipta kemenangan.

Mereka mengalahkan pasukan Perak dibarisi Ahmad Khusyairi Abdul Razak, Muhammad Izzuadin Salmi dan Muhammad Farhan Adzha yang mencatat 1730.0 untuk meraih perak.

Manakala trio Pahang, Izzuddin Muhammad Shafri, Muhammad Nazirul Azhar Abdul Mutalib dan Muhammad Zulhilman Abdul Mutalib (1727.0) (gangsa).

-nR-

Categories
SELANGOR

SUKMA 2016: Siti Natasha menang emas BMX wanita akhir

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 28 JULAI: Atlet Selangor, Siti Natasha Mohd Basri memperoleh emas dalam aski perlumbaan akhir BMX wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di sini, hari ini.

Pelumba berbasikal itu melepasi garisan penamat dengan catatan masa 42.807 saat sekali gus meraih pingat utama.

Beliau menewaskan pelumba Pahang, Wan Airul Azlin Wan Annuar (perak) (45.965s) dengan perbezaan 3.158 saat.

Manakala pemenang tempat ketiga, Nur Liyana Fazlien Shaare (Melaka) mencatat 47.715 saat untuk gangsa.

Categories
SELANGOR

SUKMA 2016: Penembak wanita Selangor terus mencabar

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 28 JULAI: Trio penembak Selangor yakin terus memberikan cabaran bermakna pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 selepas mencapai emas dalam acara 10m air pistol wanita di sini, semalam.

Penembak terbabit, Nurhidayah Zulkifli, Aida Amirah Mohd Sheriff dan Nur Zunaira Zakaria turun ke gelanggang dan membalas kepercayaan pasukan dengan kejayaan berkenaan.

“Walaupun sukar namun kita optimis boleh berjaya dan kerjasama baik menghasilkan kemenangan.

“Kita akan beradu kekuatan lagi dalam acara lain dengan harapan untuk menang,” katanya kepada SelangorKini.

Nur Zunaira berkata, Sukma kali ini adalah yang terakhir bagi mereka dan kemenangan diraih adalah berkat usaha keras serta latihan dijalani.

Penembak Selangor“Kita akan berusaha lagi bagi meraih lebih kejayaan,” katanya.

Salah satu acara bakal disertai trio penembak Selangor ialah 25m sport pistol wanita.

Dalam acara 10m air pistol wanita, mereka mengalahkan trio Terengganu, Ainin Najwa Mazlan, Nur Ashiqin Rossaidi dan Nur Syakira Roseli untuk perak.

Manakala pasukan Sarawak terdiri dari Delphine Chung Qi, Stephanie Sim Shu Ming dan Beatrice Theadora Anak Lises (gangsa).

-nR-

Categories
SELANGOR

SUKMA 2016: Selangor umum slogan selepas perkenan Baginda Sultan

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 DIS: Slogan bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 akan diumumkan kelak, kata Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Katanya, tema baru itu sudah dipilih dan menepati ciri-ciri menaikkan semangat pasukan.

AMIRUDIN“Jawatankuasa pengurus sudah membincangkan perkara ini. Pemilihan tema ini menepati ciri-ciri menaikan semangat pasukan dan lebih inklusif kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Karnival Menjunjung Kasih Gen-S 2015 di Padang Stadium Sultan Suleiman, di sini, pagi tadi.

Amirudin berkata, pihaknya terlebih dahulu akan mengajukan tema baru itu kepada pihak Sultan dan Kerajaan Negeri.

“Saya mengambil maklum kelulusan dari pihak Sultan. Setakat ini jawatankuasa mengurus tidak mempunyai masalah pada slogan itu.

“Cuma kita akan mengajukan kepada pihak Kerajaan Negeri,” katanya.

KITA LAWANSebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak berkenan dengan penggunaan slogan “Kita Lawan” untuk kontinjen Selangor yang akan beraksi di temasya itu.

Titah baginda slogan “Kita Lawan” itu telah diguna pakai oleh sebuah parti politik.

Baginda tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap bahawa kontinjen Selangor mencampur-adukkan atau cuba berpolitik di dalam sukan.

-nR-