Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri selesai agih bantuan kepada masjid di tujuh daerah

HULU SELANGOR, 30 APRIL: Kerajaan Negeri selesai mengagih bantuan kewangan kepada semua masjid di tujuh daerah setakat ini.

Dato’ Menteri Besar berkata sejumlah RM2 juta diperuntuk untuk menampung kekurangan dana masjid di seluruh Selangor sejak perebakan Covid-19.

“Kita ada lebih 400 masjid dan hampir keseluruhan sudah menerima bantuan yang diagih menerusi anak syarikat Kerajaan Negeri sejak awal Ramadan.

“Baki masjid yang belum terima bantuan adalah Petaling dan Sabak Bernam, Insya-Allah kita segerakan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid Daerah Hulu Selangor di Masjid Bandar Utama Batang Kali hari ini.

Pada majlis itu setiap 22 masjid menerima sumbangan berjumlah RM5,000 yang disalurkan menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Dato’ Menteri Besar kemudian menyampaikan watikah pelantikan kepada seramai 33 ketua kampung daerah Hulu Selangor di Dewan Komuniti Serendah.

Terdahulu, Amirudin turut menyampaikan bantuan sejumlah RM100,000 kepada 20 masjid daerah Gombak serta menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Sungai Serai, Kuang.

Sumbangan kepada masjid daerah Gombak disalur menerusi anak syarikat Kerajaan Negeri, Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB).

Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Sumbangan Ramadan RM15,000 untuk masjid, surau di Bukit Gasing

SHAH ALAM, 28 APRIL: Masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing menerima sumbangan RM15,000 sempena Ramadan ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN)nya berkata bantuan diperuntuk kepada tiga masjid dengan masing-masing memperoleh RM3,000 manakala enam surau mendapat RM1,000 setiap satu.

“Memang setiap tahun menjelang Ramadan menerusi peruntukan ADN, kita akan menyumbang kepada semua rumah ibadat di DUN ini bagi membantu pengurusan melaksanakan aktiviti sepanjang bulan puasa.

“Selain itu kita juga memberi pek berbuka puasa kepada anggota polis,” kata Rajiv Rishyakaran ketika dihubungi Selangorkini.

Beliau berkata pihaknya juga merancang mengadakan majlis rumah terbuka ketika Aidilfitri namun ia bergantung pada situasi semasa Covid-19.

“Kita tunggu tatacara operasi piawai (SOP) dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu jika dibenarkan akan diadakan nanti,” katanya.

Categories
ADN SELANGOR

Masjid, surau Subang Jaya terima RM27,000 sempena Ramadan

SHAH ALAM, 18 APRIL: Sebanyak RM27,000 disumbangkan kepada enam masjid dan 15 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya sempena Ramadan ini.

Ahli Dewan Negerinya berkata daripada jumlah itu setiap masjid menerima RM2,000 manakala surau RM1,000.

“Bantuan tersebut bertujuan menyokong usaha semua rumah ibadat untuk menjalankan majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan,” kata Michelle Ng Mei Sze dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata walaupun tidak dapat turut serta dalam majlis ibadah berkenaan kali ini namun pihaknya berbesar hati dapat bersama ahli jawatankuasa masjid dan surau ketika penyampaian sumbangan itu.

Katanya, kesempatan juga diambilĀ  dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat membantu dalam pendaftaran program vaksinasi Covid-19 dan menjawab persoalan mengenainya serta agama.

“Saya berharap agar semua masjid dan surau memastikan kariah mereka mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) memandangkan jumlah kes harian semakin meningkat. Ini adalah untuk memastikan agar kesihatan dan keselamatan semua muslimin dan muslimat terjaga,” katanya.

Majlis penyampaian sumbangan Ramadan itu dihadiri ahli majlis Majlis Bandaraya Subang Jaya, Chia Yew Ken (Zon 1), Mohamad Syafiq Mohamad Norizan (Zon 2) serta wakil Zon 3 dan 4.

Ziarah Ramadan D.Y.T.M. Raja Muda Selangor


102 golongan yang memerlukan menerima sumbangan Ramadan yang disampaikan oleh D.Y.T.M. Tengku Amir Shah di Kg. Perepat dan Kampung Jalan Nenas, Klang.