Categories
SUKANKINI

Dua pelumba negara bersaing rebut gelaran SuperSports 600cc

THAILAND, 3 DIS: Persaingan memburu gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc semakin sengit dan mendebarkan diantara dua pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman apabila hanya lima mata memisahkan kedudukan mereka.

Saingan sengit itu bermula sebaik Perlumbaan 1 Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, di sini, semalam

Zaqhwan (Musashi Boon Siew Honda) hadir ke Thailand sebagai pendahulu gagal mengekalkan kelebihan apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 untuk mengumpul 144 mata keseluruhan.

Manakala rakan senegara, Azlan (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) berjaya merapatkan jurang kepada lima mata setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima untuk naik ke tangga ketiga keseluruhan dengan 139 mata.

Pelumba Jepun, Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten10 menjadi pemisah diantara dua pelumba negara apabila berada di kedudukan kedua dengan 141 mata setelah menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

Dalam pada itu, pertarungan sengit 18 pusingan Perlumbaan 1 dikuasai pelumba tuan rumah, Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team) yang menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 29’58.173s setelah berjaya memintas pelumba berpengalaman, Anthony West (Akeno Speed Raing) pada selekoh terakhir perlumbaan.

West di kedudukan kedua dengan masa 29’58.353s diikuti Thitipong Warokorn (Kawasaki Thailand Racing Team) ketiga dengan masa 29’58.488s.

“Aksi saya tidak begitu baik pada hari ini. Saya gagal mendapatkan keputusan yang diharapkan namun masih ada satu lagi perlumbaan akhir esok. Kami akan bersaing dan mencuba yang terbaik, untuk diri sendiri, pasukan dan juga negara,” kata Zaqhwan yang mempunyai misi memegang gelaran SuperSports 600cc buat kali ketiga.

Sementara itu, penamat di tempat keempat mengesahkan status Gerry Salim (Astra Honda Racing Team) setelah mengumpul 199 mata keseluruhan meskipun masih berbaki satu perlumbaan akhir.

Perlumbaan 1 dimenangi oleh rakan sepasukan, Rheza Danica Ahrens dengan masa keseluruhan 19’07.754s diikuti pelumba tuan rumah, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team) dengan masa 19’07.965s dan Tomoyoshi Koyama (RAMA Honda) ketiga, 19’08.111s.

Anupab dan Koyama terus bersaing sengit untuk memburu gelaran naib juara dan ketiga keseluruhan setelah masing-masing mengumpul 168 mata dan 163 mata.

Categories
SUKANKINI

SuperSports 600cc: Cabaran getir buat Zaqhwan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 SEPT: Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi menjangkakan cabaran besar bakal ditempuh dalam perlumbaan SuperSports 600cc pada pusingan kelima Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Buddh, New Delhi, India, minggu ini.

Pertama kali beraksi di litar itu, Zaqhwan juga percaya kehadiran mantan juara Azlan Shah Kamaruzaman dan Yuki Takahashi dalam perlumbaan kali ini juga menjanjikan saingan sengit buatnya berikutan mereka akan berusaha keras setelah kehilangan mata selepas tidak beraksi pada pusingan lalu di Indonesia akibat kecederaan.

“Saya perlu mengatasi mereka untuk kekal menjadi pendahulu keseluruhan terutama berada di depan Tomoyoshi Koyama tambahan kali pertama kami beraksi di litar Buddh ini.

supersports03“Litar ini agak luas dan panjang, jadi pasti kelajuan jentera banyak memainkan peranan malah saya jangkakan sekurang-kurangnya 10 pelumba akan bersaing di kelompok utama,” katanya.

Zaqhwan dari pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing kini berkongsi kedudukan pendahulu bersama Koyama (T Pro Yuzy Honda NTS with Wow) dengan 131 mata dalam kategori berkenaan.

Beliau berkata, tugasnya menjadi lebih mencabar memandangkan keadaan fizikalnya juga masih belum 100 peratus cergas setelah menjalani pembedahan di bahu bulan lepas dan kebimbangan untuk mengendalikan jentera Honda CBR600RR di litar Buddh itu.

“Bahu saya dalam keadaan baik sewaktu perlumbaan Cub Prix minggu lalu namun perlumbaan 600cc adalah berbeza dengan ia lebih panjang serta jentera juga lebih berat dan laju.

“Sebagai persediaan, saya telah melakukan latihan fizikal dan persediaan secukupnya untuk kembali cergas seperti dahulu dan mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik pada minggu ini,” katanya.

-nR-