Categories
BERITA UTAMA EKONOMI

Tainan teruja teroka peluang perniagaan di Selangor

TAINAN, TAIWAN 26 APRIL: Bandar Tainan di Taiwan menyatakan minatnya menerokai peluang perniagaan bersama Selangor yang bakal memberi manfaat kepada kedua pihak.

Perkara itu dinyatakan Datuk Bandar Tainan, Dr William Lai dalam majlis makan malam bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama delegasi Selangor, di sini, semalam.

“Saya tidak sabar untuk menjalin kerjasama kukuh dengan Selangor dalam perniagaan yang berpotensi juga memberi manfaat kepada kedua pihak,” katanya.

Mengulas perkara itu, Mohamed Azmin menghargai inisiatif Tainan mewujudkan persekitaran mesra Muslim dengan tumpuan khusus kepada pensijilan halal restoran dan hotel.

teng07Terdahulu, Halal Antarabangsa Selangor (HIS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Kebangsaan Tainan yang akan menyaksikan Selangor mengembangkan perniagaan kecil dan sederhana di bandar itu ke pasaran halal ASEAN serta global.

Turut serta, Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Teng Chang Khim, Amirudin Shari dan Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Nor Azmie Diron; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’ Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif SITEC, Wong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas dan tokoh terkemuka industri teknologi halal serta e-dagang.

=EZY=