Categories
AGENDA GLOBAL

36 maut, 60 cedera kereta api tergelincir di Taiwan

TAIWAN, 2 APRIL: Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 60 yang lain cedera dalam nahas kereta api tergelincir di utara Taiwan, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Jumaat.

Kereta api lapan gerabak yang membawa sekitar 350 penumpang itu tergelincir ketika memasuki terowong di kota Hualien.

Menurut laporan gerabak keempat dan kelima mengalami kerosakan teruk dan anggota bomba serta pasukan mencari dan menyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian.

Presiden Tsai Ing-wen mengarahkan kementerian dan organisasi berkaitan turut membantu bagi melancarkan lagi misi menyelamat.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi sederhana landa rantau Taiwan

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar rantau Taiwan, pada 7.10 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 113 kilometer (km) timur dari Kaohsiung, Taiwan dengan kedalaman 7 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Grafik: METMalaysia
Categories
AGENDA NASIONAL

Pustaka bergerak Ba-Ku perkenal sastera, budaya Taiwan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Taipei Economic and Cultural Office (Teco) dan Persatuan Kebudayaan Han menganjurkan Projek Perpustakaan Bergerak Ba-Ku (Baca Buku) Bersama sempena sambutan Kuala Lumpur Ibu Kota Dunia 2020 dan Dekad Membaca Kebangsaan.

Wakil Teco di Malaysia, Anne Hung berkata objektif penganjuran projek ini adalah untuk memperkenalkan buku Malaysia dan Taiwan kepada pembaca muda di negara ini.

“Kami memilih 135 jenis buku dari Malaysia dan Taiwan untuk memperkenalkan kesusasteraan dan kebudayaan Taiwan kepada murid dan pelajar bersama buku-buku pelbagai bahasa yang diterbitkan di negara ini,” katanya ketika berucap semasa majlis perasmian projek berkenaan hari ini.

Projek Perpustakaan Bergerak Ba-Ku (Baca Buku) Bersama itu dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Mengulas lanjut, Anne berkata sebagai permulaan, projek perpustakaan bergerak itu akan menjelajah 20 sekolah rendah dan menengah terpilih di Semenanjung Malaysia bermula 17 Ogos hingga 4 Sept ini.

“…ia adalah sebagai usaha menyemarakkan budaya membaca di sekolah dan harus dilihat sebagai pembinaan jambatan interaksi dan komunikasi.

“Ekoran pandemik Covid-19, kami turut menganjurkan sesi perkongsian secara dalam talian dengan menjemput panel-panel terpilih untuk berkongsi pengalaman mereka dalam industri buku,” katanya.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

China tuduh Taiwan ada perisik di Tanah Besar

BEIJING 16 SEPT: China hari ini menuduh agensi perisikan Taiwan mempertingkat usaha mencuri maklumat risikan bertujuan terus merisik dan mensabotaj negara itu.

Beijing juga memberi amaran kepada Taipei bahawa padah menanti jika ia terus cuba menjejaskan hubungan antara mereka yang sudah pun berada dalam keadaan tegang.

Agensi terbabit dalam perkara itu bagi Taiwan mesti hentikan segera aktiviti berkenaan, kata agensi berita Xinhua yang memetik An Fengshan, jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan yang merangka dasar China berhubung pulau berkenaan.

Televisyen rasmi di sini semalam mula menyiarkan permulaan daripada beberapa siri program mendedahkan kes pelajar China di Taiwan menjadi sasaran perisik negara itu yang menawarkan wang kepada mereka selain wanita dan persahabatan.

Dakwaan itu dibuat ketika Beijing memperhebat usaha menggalakkan warga Taiwan menjadi warga negara China dengan memberi kad penganalan baru dan insentif lain.

Sehubungan itu, Taiwan memberi amaran kepada warganya mengenai risiko tinggal di China yang dituduhnya mengamalkan dasar autokratik, menapis internet dan faktor negatif lain.

China dan Taiwan kerap tuduh menuduh pihak lawan melakukan risikan.

Pada 2017, seorang pelajar China yang belajar di Taipei dihukum penjara kerana mengambil maklumat sensitif melalui pihak kenalannya di sekolah dan jabatan kerajaan Taiwan selain cuba mewujudkan rangkaian perisikan di pulau itu.

Taiwan mula membenarkan pelajar China belajar di universitinya pada 2009.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

Serangan siber China makin sukar dikesan: Taiwan

TAIPEI 16 JUN: Serangan siber China terhadap sistem komputer kerajaan Taiwan menjadi semakin sukar untuk dikesan, kata sumber yang dekat dengan kerajaan.

Sumber berkata ia ditambah dengan peningkatan penggunaan saluran seperti enjin carian untuk menceroboh masuk ke dalam sistem.

Menurut sumber, walaupun kekerapan serangan tentera siber China menurun, kadar kejayaan serangan sedemikian meningkat.

“Jabatan rasmi Taiwan berdepan ratusan serangan internet yang berjaya setiap tahun, lebih separuh daripadanya datang dari serangan tentera siber China,” kata sumber yang enggan dikenali kepada Reuters.

Sehubungan itu, China menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terbabit dengan serangan siber atau kegiatan menggodam, malah mengakui mereka sendiri menjadi mangsa terbesar serangan sedemikian.

“Dua pejabat hal ehwal Taiwan dan Pentadbiran ruang siber China tidak memberikan sebarang maklum balas ketika diminta berbuat demikian.

Serangan siber itu berlaku ketika Beijing meningkatkan tekanan diplomatik dan ekonomi terhadap negara pulau itu, yang didakwa China miliknya dan menganggap ia wilayah yang sukar dikawal.

Pada masa sama, sumber berkata, penggodam menggunakan teknik baharu untuk berselindung daripada aktiviti mereka.

“Mereka kerap menggunakan saluran seperti Google dan blog untuk menyamar. Dengan cara itu ia memberi gambaran kepada penyiasat bahawa penggunaan saluran atau peranti biasa digunakan dalam usaha melindungi kegiatan mereka,” kata sumber itu.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

Taiwan: China ancam perang

TAIPEI 18 APR: Kementerian Pertahanan Taiwan berkata hari ini, Beijing menggunakan ‘intimidasi lisan murahan dan ancaman perang’ untuk mengugut Taiwan ketika tentera China mengadakan latihan ketenteraan hidup di Selat Taiwan, di tengah ketegangan meningkat kedua-dua negara.

Latihan diadakan di luar bandar tenggara China di Quanzhou, terletak di antara dua kumpulan pulau hampir dengan pantai China namun dikawal Taiwan sejak 1949 apabila tentera Nasionalis yang kalah lari ke Taipei selepas perang saudara China tamat.

Media tempatan China berkata, latihan ketenteraan itu adalah satu tindak balas langsung terhadap ‘provokasi’ oleh pemimpin Taiwan berkaitan apa yang dibimbangi Beijing, langkah mempercepatkan kemerdekaan rasmi negara kepulauan itu.

“Komunis China menggunakan ugutan lisan murahan dan ancaman perang dalam setiap aspek Republik China dengan harapan menjejaskan moral kami atau mewujudkan kebimbangan sosial,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan, Chen Chung-chi.

Menggambarkan sesetengah komentar China sebagai ‘tidak masuk akal’ bahawa latihan ketenteraan kali ini lebih besar berbanding biasa, Chung-chi berkata, ia hanya membabitkan latihan tembakan jarak dekat hampir dengan pantai China, bukan di Selat Taiwan.

 

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

Gempa Taiwan: 2 maut, 200 cedera, hotel hampir tumbang

GLOBAL 7 FEB: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut dan lebih 200 cedera akibat dihempap bangunan yang runtuh.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan sebuah hotel dan pangsapuri antara bangunan yang terjejas teruk dalam kejadian tersebut manakala lima bangunan termasuk sebuah hospital rosak dengan beberapa lebuh raya mengalami keretakan.

Hotel Marshal di bandar ini hampir tumbang manakala para petugas penyelamat berhempas pulas mengeluarkan penginap hotel menggunakan kren.

Sebanyak 15 gegaran susulan direkodkan di Hualien yang merupakan pusat pelancongan yang popular di negara ini.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter itu melanda bandar Hualien hari ini.

Beberapa imej yang disiarkan menerusi laman sosial menunjukkan kerosakan teruk pad jalan raya dan sebahagian bangunan tinggi di bandar tersebut runtuh.

Pasukan keselamatan juga dilaporkan bertungkus lumus mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap di celah runtuhan bangunan.

SUMBER: AFP/BBC NEWS

Categories
SELANGOR

Kerajaan Taipei tawar 150 biasiswa pendidikan anak Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 SEPT : Kerajaan Taipei menawarkan biasiswa kepada anak Selangor bagi lanjutan pengajian pendidikan dalam bidang teknologi pintar di Taiwan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu disampaikan Kerajaan Taipei City menerusi delegasi negara itu yang diketuai Timbalan Dato’ Bandar, Lin Chin Rong.

“Taipei City bersetuju menyediakan biasiswa kepada 150 pelajar PHD dan Master yang ingin melanjutkan pengajian di Taiwan dalam bidang pengajian pintar.

“Bagaimanapun, saya dan Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Teng Chang Khim akan meneliti untuk mewujudkan program pendidikan untuk tenaga muda kita dilatih dalam bidang ini di Taiwan.

“Satu penghormatan besar kepada Kerajaan Negeri dan tentunya kita akan terus laksanakan kemudahan dan fasiliti untuk mewujudkan persekitaran kondusif kekal di Selangor,” katanya.

MB INVEST SEL 1Beliau berkata demikian pada sidang media, sempena penganjuran Selangor International Business Summit di Setia City Convention Centre (SCCC), di sini.

Dalam perkembangan itu, Mohamed Azmin berkata, delegasi Taiwan menghantar lebih 40 penyertaan bagi meninjau prospek pelaburan dan perdangan sepanjang persidangan bermula 7 hingga 17 September itu berlangsung.

Sambutan baik itu katanya membuktikan, Selangor sebagai destinasi pilihan pelaburan serantau terbaik kini.

“Perkembangan ini mendorong Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kemudahan bagi mewujudkan persekitaran kondusif kepada pelabur di Selangor,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

KEADILAN tepis dakwaan jual Selangor kepada Taiwan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 APR: Hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan pentadbiran Taiwan tidak menggambarkan wujudnya cubaan PAKATAN untuk ‘menjual’ kepentingan Selangor kepada negara itu.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas laporan portal pro Umno yang melaporkan kononnya delegasi diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Taiwan dibuat sebagai jalan pintas kepada ‘kiblat’ pentadbiran kuasa negara republik itu.

“Tujuan lawatan itu sebenarnya untuk bertukar pandangan dari Taiwan yang mempunyai pengalaman dalam menyediakan pelbagai kemudahan termasuk sistem pengangkutan yang sangat efisien.

tian-chua-pc-pkr-01“Dato’ Menteri Besar sangat berminat untuk belajar daripada semua aspek dan mengaplikasikan pendekatan itu dalam pentadbiran, di Selangor.

“Pengalaman itu akan digunakan untuk menjadikan Selangor sebagai negeri yang cekap dan telus tanpa agenda kosong seperti dilakukan Khir Toyo dahulu,” katanya menerusi temubual bersama The Pocketz Malaysia.

Delegasi Selangor ke negara itu selama seminggu dengan kemuncak program melalui penganjuran Seminar Masa Depan Reformasi Malaysia yang turut dihadiri beberapa Ahli Dewan Negeri dan masyarakat Malaysia di negara itu.

Delegasi ke Taiwan turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Teng Chang Khim, Amirudin Shari dan Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Nor Azmie Diron dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hassan Azhari Idris.

CECI Meeting 2Ia turut disertai, Ketua Pegawai Eksekutif SITEC, Wong Kai Ping; Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas dan tokoh terkemuka industri teknologi halal serta e-dagang.

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri optimis mampu menjalinkan hubungan baik Selangor dan Taiwan bagi menjana pulangan pelaburan maksima dari negara itu.

“Kami sentiasa mahukan situasi menang-menang yang mampu memaksimumkan pulangan pelaburan sementara kami dapat pastikan manfaat untuk rakyat dan ekonomi setempat menerusi peluang pekerjaan, pindahan teknologi serta peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),” katanya.

Categories
BERITA UTAMA EKONOMI

Tainan teruja teroka peluang perniagaan di Selangor

TAINAN, TAIWAN 26 APRIL: Bandar Tainan di Taiwan menyatakan minatnya menerokai peluang perniagaan bersama Selangor yang bakal memberi manfaat kepada kedua pihak.

Perkara itu dinyatakan Datuk Bandar Tainan, Dr William Lai dalam majlis makan malam bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bersama delegasi Selangor, di sini, semalam.

“Saya tidak sabar untuk menjalin kerjasama kukuh dengan Selangor dalam perniagaan yang berpotensi juga memberi manfaat kepada kedua pihak,” katanya.

Mengulas perkara itu, Mohamed Azmin menghargai inisiatif Tainan mewujudkan persekitaran mesra Muslim dengan tumpuan khusus kepada pensijilan halal restoran dan hotel.

teng07Terdahulu, Halal Antarabangsa Selangor (HIS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Kebangsaan Tainan yang akan menyaksikan Selangor mengembangkan perniagaan kecil dan sederhana di bandar itu ke pasaran halal ASEAN serta global.

Turut serta, Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Teng Chang Khim, Amirudin Shari dan Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Nor Azmie Diron; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’ Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif SITEC, Wong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Mahmud Abbas dan tokoh terkemuka industri teknologi halal serta e-dagang.

=EZY=

Categories
EKONOMI GLOBAL

12 FAKTA MENARIK mengenai Taiwan

1. Ekonomi Taiwan adalah kelima terbesar di Asia dengan mempunyai jumlah populasi penduduk seramai 23.5 juta.

 

2. Berada di kedudukan ke 15 di Global Competitiveness Report of World Economic Forum serta berada di kedudukan ke-22 terbesar dalam purchasing power parity (PPP).

 

3. Terdapat lima taman industri dan sains: Central Taiwan Science Park, Hsinchu Science Park, Kaohsiung Science Park, Nankang Software Park, Neihu Science Park dan Tainan Science Park.

 

4. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Taiwan bermula pada 1960 dengan pembukaan Pejabat Konsulat Taiwan di Kuala Lumpur pada 1964 dan menaik taraf Pejabat Konsulat Taiwan kepada Pejabat Konsulat Jeneral Taiwan pada tahun 1969.

 

5. Mengikut maklumat statistik Kastam Taiwan, perdagangan dua-hala antara Malaysia dan Taiwan untuk 2015 adalah USD13.68 billion, di mana eksport dari Taiwan ke Malaysia ialah USD7.13 billion, manakala import dari Malaysia ke Taiwan ialah USD6.54 billion.

 

6. “Perjanjian Pengelakan cukai dua kali dan pencegahan cukai pelarian fizikal antara Taiwan dan Malaysia”telahpun ditandatangani pada 23 haribulan Julai, 1996.

 

7. Persidangan Ekonomi Bersama Malaysia-Taiwan yang diadakan setiap tahun merupakan kesinambungan kepada persidangan ke-13 diadakan pada tahun 2000.

 

TAIWAN8. Pada 2015, syarikat Taiwan melabur lebih RM1.2 bilion di Malaysia dan Selangor menarik kira-kira tiga peratus daripada jumlah itu dari segi nilai pelaburan sebenar.

 

9. Ketika Portugis menemukan pulau Taiwan pada abad ke-16, mereka menyebutnya dengan Ilha Formosa (Pulau yang Indah). Nama tersebut menjadi nama rasmi sampai Perang Dunia II dan sekarang Formosa masih digunakan sebagai nama tidak rasmi bagi Taiwan. Taiwan dalam bahasa Cina artinya Teluk bertingkat.

 

10. Taipei 101 atau gedung Pusat Kewangan Taipei menduduki peringkat kedua gedung tertinggi di dunia setelah Burj Khalifa di Dubai.

 

11. Taiwan termasuk dalam top 10 sebagai “Best Value Destination For 2015” oleh Lonely Planet, yang lebih murah dibandingkan Hong Kong, Seoul atau Tokyo.

 

12. Seni bela diri Kung fu dan Taekwondo adalah paling banyak diajarkan di Taiwan.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor kukuh hubungan dengan Taiwan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 MAC: Kerajaan Negeri bakal mengadakan lawatan ke Taiwan bagi meningkatkan kerjasama dan mengukuhkan hubungan dua hala Selangor dan Taiwan, bulan hadapan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya berhasrat menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan dan kemajuan teknologi antara universiti serta institusi pendidikan.

Katanya, Selangor juga berminat mempelajari pengalaman Taiwan dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional serta kepakarannya dalam ‘Smart Industries’.

MB Taiwan (3)“Antara lain, kami mengukuhkan strategi pelaburan dengan menggalakkan industri halal menerusi penubuhan Majlis Halal Antarabangsa Selangor, malahan mewujudkan eko sistem Halalan Toyyiban global yang pertama di dunia.

“Peserta menerusi program ini berpeluang mengembangkan industri halal menerusi proses pembelajaran berterusan dan kemajuan teknologi,” katanya ketika menerima kunjungan deligasi Taiwan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga giat mempromosi ekosistem bagi industri aeroangkasa, bioteknologi dan sains hayat di Selangor.

“Kami sangat mengalu-alukan syarikat dengan sektor berteknologi tinggi untuk bertapak di Selangor.

“Kami sentiasa mahukan situasi menang-menang yang kamu mampu memaksimumkan pulangan pelaburan sementara kami dapat pastikan manfaat untuk rakyat dan ekonomi setempat menerusi peluang pekerjaan, pindahan teknologi serta peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),” katanya.

-NFN-